nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

APA KHABAR PAK CIK/MAK CIK WARISAN KAPAL LAYAR DAN PAK CIK/MAK CIK DI FELDA?

Apa khabar pak cik/mak cik waris parti kapal layar dan yang hidup di Felda yang selama ini taat betul menyokong kerajaan tanpa memandang kiri dan kanan. Tentu pak cik/mak cik berbangga dan bersyukur benar di atas kenaikan harga barangan termasuk minyak dan gula. Tentu saat ini pak cik/mak cik semua sedang mengangkat tangan tinggi-tinggi ke udara, tidak mahu turun, tanda bersyukur harga barangan dinaikkan.

Baguslah pak cik/mak cik. Ini dalam keadaan mereka tidak memiliki 2/3 majoriti di parlimen. Tahun depan kalau katalah mereka menang, mampus...nak beli minyak cak kapak nak gosok ke kepala pak cik/mak cik yang pening pun tak mampu.

Pepatah Melayu ada menyebut, sekali kena beringat! Sekali terhantuk, ingatlah sampai bila-bila. Ini tidak. 53 tahun punya masa pun, dengan mata Allah bagi boleh terbeliak masih pak cik/mak cik tak dapat tengok yang mana intan yang mana kaca!

Tak hilangnya kuasa Melayu selagi Raja-raja dan Agong kita junjung wahai pak cik/mak cik. MCA dalam dalam BN itu bukan Cinakah kalau dibandingkan DAP sahabat PAS itu? Sudah-sudahlah pak cik/mak cik. Jangan terpedaya dengan dakyah konon Cina DAP tak baik. Konon Cina MCA baik. Ingatlah pak cik/mak cik, tak ada manusia yang baik berdasarkan bangsa. Manusia baik tidak kira bangsa, asal hati dan imannya ada!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10