KERANDA yang memuatkan mayat Lee Harvey Oswald, pembunuh bekas Presiden Amerika, JF Kennedy akan dilelong.
Pengurus sebuah pusat lelongan terkenal, Laura Yatemh, berkata keranda itu penuh dengan sejarah dan inilah kali pertama pihaknya melakukan lelongan membabitkan sebuah keranda yang dikatakan sebelum ini penuh dengan pelbagai kontroversi.
Oswald dituduh membunuh JF Kennedy pada 23 November 1963 dan dia ditemui mati ditembak dua hari kemudiannya. Dia dikebumikan pada 25 November dan sehingga kini pembunuhan itu masih diselubungi dengan pelbagai teori.