YUAN Xiaochao menjadi penerima pingat emas pertama Sukan Asia ke 16 di Guangzhou, sekaligus menyumbang emas buat kontinjen China apabila menjuarai acara Changquan Wushu lelaki.
Pingat perak acara itu dimenangi peserta Jepun, Daisuke Ichikizaki manakala gangsa milik Iran menerusi Ehsan Penghambari.
Pingat diterima Yuan adalah pingat emas pertama daripada 476 emas yang dipertandingkan dalam tempoh dua minggu mulai hari ini.