nuffnang ads

Friday, November 5, 2010

WARNA-WARNA DI GALAS

Pengakuan pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) bahawa Orang Asli dipastikan mengundi dengan menyediakan mereka kenderaan dan dijemput walaupun di ceruk mana mereka tinggal adalah sesuatu yang menakjubkan.

Kebajikan Orang Asli ketika mengundi nampaknya amat diberi perhatian dan pihak yang prihatin ini bukan sahaja menyediakan pengangkutan, tetapi juga sarapan dan makan tengah hari. Ini yang disiarkan oleh televisyen Malaysia pada hari pengundian, konon untuk menunjukkan bahawa Orang Asli akan mengundi.

Mereka pun diberi pancing dan ikan. Pancing yang panjang dan ikan yang besar. Kemudian bila tiba waktu mengundi, berbarislah Orang Asli ini memakai baju T berwarna merah seolah-olah mereka mahu ke stadium menonton bola. Memang menarik dan berwarna-warni. Siapa pula yang beri baju T itu? PASkah? UMNOkah? Atau Jabatan Orang Aslikah? Atau Orang Asli membelinya sendiri dengan wang saku mereka?

Selepas ini Orang Asli itu akan menerima layanan yang serupakah? Atau hanya kah...kah,..kah...kah?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10