nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

TERKINI: SEORANG LAGI ANAK MELAYU CEMERLANG TERBUNUH: TERBABIT NAHAS JALAN RAYA DI INDIA

SEORANG lagi anak Melayu cemerlang kebali ke Rahmatullah, apabila terbabit nahas jalan raya di Selatan India, kelmarin.

Akmal Shahiran Marzuki, 19, pelajar tahun pertama perubatan di JJM Medical College di Davangere, Karnataka, terbunuh apabila motosikal yang diboncengnya terbabas dan terjatuh di atas jalan raya ketika cuba mengelak sebuah kenderaan roda tiga.

Ketika kejadian, motosikal berkenaan ditunggang oleh seorang rakannya. Mereka dikejarkan ke hospital terdekat, tetapi Akmal yang mengalami keretakan di kepala meninggal dunia tidak lama selepas dimasukkan ke hospital itu, manakala rakannya terselamat.

Akmal adalah pelajar tajaan MARA dan baru sahaja tiba untuk menyambung pengajian di bidang perubatan di India pada September tahun lalu. Kolej tempat allahyarham belajar terletak kira-kira 260 dari bandar Bangalore.

Konsulat Malaysia di India, Anuar Kasman, berkata jenazah dijangka tiba di KLIA hari ini dan dikebumikan di Kuala Kedah, Kedah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10