JURUCAKAP pengawal pantai Korea Selatan memaklumkan, pihaknya menemui dua mayat orang awam dipercayai terkena serpihan tembaKan artileri Korea Utara di pulau Yeonpyeong, awal pagi ini.
Jurucakap itu berkata, kedua-dua mayat itu dipercayai lelaki berusia dalam lingkungan 60-an. Berdasarkan penemuan mayat terbaru ini, korban serangan Korea Utara ke pulau milik Korea semalam meningkat kepada 4 orang, termasuk dua tentera marin Koera Selatan.
Jumlah tercedera setakat ini ialah 13 tentera dan dua orang awam.