ITULAH nasib seorang lelaki yang memecah masuk rumah seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor di Taman Cahaya, Kuala Lipis, Pahang.
Ketika kejadian, pegawai polis berusia 28 tahun itu sedang menonton televisyen di rumahnya apabila terlihat seorang lelaki masuk menerusi tingkap rumahnya.
Apabila wanita terbabit memperkenalkan dirinya, lelaki terbabit melarikan diri namun dia dihambat pegawai polis berkenaan dengan bantuan orang awam dan berjaya ditangkap.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud mengesahkan kejadian itu.