Penduduk menyelamatkan diri apabila Gunung Merapi meletus dengan kuat subuh tadi. |
Pegawai Perubatan Rumah Sakit Sardjito, Dr Sigit Priyo Hutomo, dipetik Kompas.com berkata, 50 orang yang cedera parah terbakar kini baru sahaja sampai di rumah sakit itu.
Menurutnya, angka kematian mungkin mencecah puluhan manakala yang cedera bilangannya mungkin ratusan orang. Pihak rumah sakit dikatakan sedang merayu bantuan penghantaran katil bagi menampung jumlah cedera yang dijangka semakin ramai tiba.
Letupan Gunung Merapi subuh tadi adalah antara yang terkuat dan ramai penduduk terperangkap kerana sebahagiannya sedang tidur selepas pulang ke rumah selepas beberapa hari di tempat pemindahan.
-Berita terbaru akan menyusul