Enjoy dulu...sebelum berkahwin Putera William dan tunangnya berseronok sakan, tapi tidak sampai bergambar bercium lidah macam artis di Malaysia! |
Setiausaha Peribadinya, Jamie Lowther Pinkerton, juga memaklumkan Putera William memilih Westminder Abbey kerana gereja itu adalah antara gereja tertua dan bersejarah di mana di situ jugalah ibunya, Puteri Diana disemadikan.
"Gereja itu berusia 1,000 tahun dan lagipun ruang tempat duduknya boleh menempatkan 2,200 tetamu," kata Jamie.
Jamie turut mengesahkan kerajaan Britain telah mewartakan hari perkahwinan waris Diraja Britain itu sebagai cuti umum.
Mengenai kos menampung majlis perkahwinan yang dijangka dibuat secara besar-besaran, Jamie berkata ia akan ditanggung oleh kedua-dua mempelai berkenaan kerana kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak menggunakan wang rakyat, terutama ketika ekonomi masih tidak menentu di Britain.