BUKAN 15 tapi 16 orang yang dilaporkan hilang apabila bot mereka tidak dapat dikesan malam tadi, ditemui selamat.
Mereka ditemui dalam bot yang terapung jam 10 pagi tadi, kira-kira 12 batu nautika dari Pulau Tenggol, Dungun sejak keluar untuk aktiviti scuba jam 6.30 petang semalam.
Ketua Marin Wilayah Timur, ACP Mohd Salleh Mat Jani, mengesahkan penemuan bot dan penumpang terbabit oleh sepasukan Pasukan Gerakan Marin.