DENGAN sekali lafaz, Megat sah menjadi suami Farah. Tahniah Megat! Kau hebat! Kini sahlah mereka menjadi pasangan hidup.
Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25 dan Raja Farah Raja Aziz, 22, bernikah di Bukit Jelutong, semalam. Pernikahan dilakukan ayah Farah, Raja Aziz Raja Ngah.
Mas kahwin? RM888. Pihak lelaki menghulur tujuh hantaran, dibalas sembilan daripada pihak perempuan. Kini hati bersatu, cinta berpasang. Kebahagiaan hanya akan datang apabila diserikan anak. Buat ramai-ramai beb! Korang masih muda. Jangan buang masa muda. Ayuh! Pok amai-amai okay.