SEBUAH pasu antik kerajaan China yang ditemui di Britain, dilelong mencecah harganya RM215 juta semalam. Harga itu meningkat 40 kali ganda daripada yang djangkakan pelelong.
Menurut pelelong yang menjalankan urusan lelongan pasu antik itu, Helen Porter, pasu itu berjaya dilelong dalam tempoh satu jam setengah dan merupakan rekod lelongan tertinggi bagi barangan antik yang berasal dari Asia.