nuffnang ads

Monday, November 29, 2010

PANAS! TOYOL BERJAYA DIRAKAM GAMBARNYA!!!


OPERASI menangkap toyol yang selama ini dianggap oleh segelintir pihak sebagai satu kerja sia-sia, kini berjaya dibuktikan.

Lembaga kecil tapi wajahnya menyeramkan itu berjaya ditangkap dan dirakam gambarnya. Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu toyol itu kini dikurung dan dikuarantin. Wajah sebenar toyol itu hanya boleh dilihat oleh orang awam selepas 23 Disember depan.

Tiada sesiapa pun menjangka operasi itu yang dilakukan dalam diam sejak beberapa bulan lalu akan berjaya, tetapi berkat sabar sekumpulan mereka yang tekun menunggu hasilnya, kemunculan toyol itu kini berjaya dijadikan realiti.

Diketuai oleh Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah, filem berkisarkan cerita toyol dengan judul JANIN itu akan ditayangkan mulai 23 Disember depan.

Filem seram ini amat luar biasa ceritanya. Ia bakal menjadi sebuah filem yang akan menggoncang dunia! Watak utama dalam filem ini digalas oleh Siti Shahrizah atau Eja dan Hairie Othman. Ia mengisahkan sebuah kampung dilanda musibah akibat amukan toyol belaan bernama Esah yang sering mencuri duit serta barangan berharga penduduk.

Kelainan filem ini daripada cerita-cerita seram yang lain ialah ia lebih mengetengahkan tindak balas emosi antara penonton dengan suasana yang ditimbulkan dalam filem itu.

Menurut Ahmad Puad, penonton bukan sahaja rasa berdebar tatkala menyaksikan babak seram yang mengejutkan, tetapi juga akan diruntun perasaan tanpa disedari sehingga boleh menitiskan air mata.

Tunggu kedatangan JANIN di pawagam di seluruh negara pada 23 Disember depan. Ia satu filem yang sudah tentu mendapat memberi kepuasan. Percayalah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10