NASIB sebuah kapal dagang Malaysia yang dirampas sekumpulan lanun di lautan Hindi, kira-kira 900 batu nautika dari Mogadishu, Somalia masih tidak diketahui.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih menunggu maklumat terperinci mengenai keadaan terkini berkaitan kapal dan 23 anak kapal berkenaan.
Timbalan Setiausaha MKN, Datuk Che Moin Umar, berkata kapal itu telah dirampas dan 23 anak kapalnya diculik oleh sekumpulan lanun dipercayai rakyat Somalia pada 26 November lalu.
Berdasarkan rekod katanya, kapal itu didaftarkan di Pulau Pinang.