PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak, dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu mengidap sakit di perut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata pemeriksaan bagaimanapun mendapati Perdana Menteri hanya mengidap ulser dan keadaannya dilaporkan tidak berbahaya.