MOHD Azlan Iskandar menghadiahkan sebutir emas - kelima buat negara selepas Nicol David menghadiahkan sebutir sebelum itu.
Dalam acara perseorangan lelaki Skuash Sukan Asia petang tadi Azlan menewaskan Aamir Atlas Khan dari Pakistan, 11-6, 11-7 dan 11-6.
Sebelum itu Nicol David menewaskan wakil Hong Kong, Annie Au dalam pertandingan akhir perseorangan wanita, 11-8, 8-11, 11-8 dan 11-7.
Kini Malaysia mengutip lima emas dan menunggu kalau-kalau emas gugur sebutir lagi kira-kira sejam dari sekarang - perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan.