SEORANG warganegara Malaysia yang menggelarkan dirinya Mal Putrajaya, alih-alih sudah berada di depan Rumah Tahanan Kebon Baru, Indonesia gara-gara mahu berjumpa penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel yang ditahan di penjara itu.
Walaupun Mal tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk bertemu dengan Ariel, dia sempat membentangkan posternya di perkarangan rumah tahanan itu.
Malah secara sinis Mal menyindir, kes Ariel sama seperti kes Kartika yang ditahan kerana minum arak di Cherating, Pahang dulu. Semuanya heboh tetapi akhirnya bebas.