|
Semua berjalan tunduk, meratap sebuah kemusnahan. |
|
Tiada lagi bunga-bunga Edelweis yang selama ini melintuk dan meliuk bagai penyambut tetamu menggamit pelancong |
|
Indahnya lembah di kaki Gunung Merapi sebelum bencana |
GUNUNG Merapi melepaskan letupan paling kuatnya pagi ini. Dan serentak itu rasmilah satu kemusnahan lanskap bersama lenyapnya mukim Cangkringan dari peta di kaki gunung berapi itu. Bersama lenyap dibawa debu dan lava panas ialah bunga-bunga Edelweis yang sebelum ini indah melintuk dan meliuk di kaki gunung sebagai penyambut tetamu yang setia menggamit pelancong.
Musnahlah kitar ekonomi Yogyakarta yang banyak bergantung kepada perniagaan teras penduduk di Cangkringan, terutamanya industri kaca pasir, ternakan kerbau dan homestaynya di kaki gunung itu. Difahamkan, penduduk ditolak ke belakang sejauh 15 tahun lalu dan perlu bangkit 15 tahun lagi untuk membangunkan sebuah penempatan yang hijau dan damai.
Kini semuanya telah hangus rentung, bak padang jarak padang terkukur. Bangkai-bangkai haiwan yang dilitupi debu gunung berapi, sesekali ditemui bersama tapak rumah yang telah hangus separas bumi dibakar lava panas melebihi 1,000 darjah fahrenheit. Demikian Allah menyusun jadual sebuah kehidupan hambanya.