Antara kumpulan yang menyerbu lokap bersenjatakan raifel AK56/47 |
Serbuan itu mengejutkan kesemua petugas lokap berkenaan yang tidak dibekalkan senjata api oleh pihak berkuasa.
Ketua lokap berkenaan, Edi Teguh Widodo, memberitahu Tribunews.com, kejadian bermula apabila seorag lelaki yang berlagak tetamu masuk dan berwatak baik. Bagaimanapun, sekelip mata dia mengeluarkan senjata api dari dalam jaket dipakainya dan menjerit minta pintu lokap dibuka.
Petugas yang ketakutan terpaksa membuka lokap dan seorang lagi lelaki bersenjata membantu sambil beberapa yang lain mengarahkan kesemua pengedar dadah menaiki kenderaan dan melarikan diri.
Menurut Edi, kesemua petugasnya juga diarahkan meniarap jika tidak mahu ditembak. Sehingga kini, polis sedang memburu kumpulan bersenjata itu bersama 4 pengedar yang dikenali sebagai Azahari, M Yamin, Yusriza Antoni dan Sarbaini.
Pihak berkuasa negara ini mungkin boleh mengambil langkah berwaspada kalau-kalau mereka melarikan diri ke negara ini.