nuffnang ads

Sunday, November 28, 2010

KES HARLIZAN IBRAHIM: TERPEDAYA JANJI LOMBOK, AKHIRNYA TERLANTAR DI HOSPITAL SAKIT JIWA

JANJI pemuda Lombok hanyalah bak air liur yang bila basi tidak akan berguna lagi. Namun begitu masih ramai gadis negara kita terpedaya dengan janji-janji itu tanpa berpegang kepada realiti dan kisah kesengsaaran sedemikian ramai wanita yang terpedaya di kepulauan itu.

Terbaru, Harlizan Ibrahim, 35, wanita dari Terengganu menjadi mangsa penipuan pemuda Lombok. Entah apa yang mempengaruhi akal dan fikiran Harlizan kita tidak pasti. Namun apa yang berlaku dan menimpanya kini, menimbulkan belas pula.

Harlizan mengikut teman lelakinya, bernama Asitah ke sebuah kepulauan di Lombok Barat. Mereka menetap di sana setahun dan mendapat seorang anak.

Namun selepas setahun, Harlizan mula mengetahui syurga yang dijanjikan pemuda Lombok itu sebelum ini hanyalah neraka!

Dia berdepan kesulitan hidup yang tak pernah dijangkanya. Harlizan terpaksa memasak makanan menggunakan kayu api, sesuatu yang tiak pernah dilakukannya sejak kecil ketika bersama keluarganya. Namun kesempitan memaksa dia melakukannya.

Habis kesemua barangan kemasnya dijual untuk menampung kehidupan seharian dan keperluan anak lelakinya. Asitah yang selama ini sering berjanjikan bulan bintang menghilangkan diri, dipercayai bekerja semula di Malaysia dan meninggalkan Harlizan tanpa peduli.

Kemuncak penderitaan dan tekanan hidup yang dihadapinya Harlizan mula mengalami sakit jiwa dan terpaksa dirawat kerana kemurungan di Hospital Mataram.

Demikianlah kisah hidup Harlizan gara-gara terpedaya janji teman lelaki untuk sehidup semati. Pada realitinya apalah yang mampu diberikan oleh pemuda Lombok, sedangkan mereka sendiri berjuang untuk hidup dengan datang ke negara ini mencari sesuap nasi.

Kisah tragis Harlizan ini adalah di antara 22 kes wanita Malaysia yang terpedaya pada janji  air liur pemuda Lombok.. Namun dipercayai masih banyak kes serupa tidak dapat dikesan kerana mangsa tidak membuat laporan mengenainya kepada Kedutaan negara di sana.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10