SEPATUTNYA Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyiasat dan bawa mata kepala melihat sendiri kawasan banjir di Kedah, sebelum keluarkan penafian terhadap kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, bahawa projek landasan keretapi berkembar menjadi punca utama banjir buruk kali ini.
|
Chor Chee Heung menunjukkan sendiri kawasan yang dinaiki banjir akibat projek pembinaan landasan keretapi berkembar |
KTMB janganlah bertindak seperti perangai agensi kerajaan yang lain - cepat-cepat menafikan sesuatu apabila ia ada kaitan dengan kerajaan. Lihat dulu, dan mengaku sajalah kelemahan. Apa? Ingat kalau semua benda yang ada kaitan atau kepentingan dengan kerajaan tak ada salah silapnya? Tak ada cacat celanya?
PENGURUSAN KTMB harus bercermin dengan kenyataan mereka malah harus insaf dan sedar bahawa Chor adalah Ahli Parlimen Alor Setar dan mempunnyai rumah serta tinggal di kawasan itu sejak 1985! Dan beliau sendiri amat tahu kawasan itu!
Apakah kenyataan KTMB ini hanya bertujuan untuk menjaga air muka ahli politik dan pemimpin kerajaan daripada terkena air longkang yang ditepuk oleh Chor di muka dulang? Dan satu lagi, gambar tak mungkin berbohong.