SEBUAH kapal dagang Malaysia, MV Albedo, dirampas manakala 23 anak kapalnya diculik sekumpulan lanun dalam satu kejadian Jumaat lalu, di perairan Somalia, kira-kira 900 batu nautika dari Mogadhisu.
Kapal berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari pelabuhan bandar Jebel Ali di Emeriah Arab Bersatu sebelum ditahan sekumpulan lanun Somalia.
Petugas Khas Anti Lanun Kesatuan Eropah memaklumkan, kapal berkenaan membawa 23 anak kapal yang terdiri daripada warga Pakistan, Bangladesh, Iran dan Sri Lanka.
Sehingga kini lanun Somalia masih menyimpan 22 kapal dagang yang dirampas bersama 521 anak kapal yang diculik. Nasib kesemua anak kapal yang diculik itu setakat ini tidak diketahui.