POLIS setakat ini mengenalpasti dua daripada tiga penjenayah remaja yang ditembak mati kira-kira jam 4.15 pagi tadi selepas menyamun sebuah stesyen minyak Glenmarie, Shah Alam.
 |
Kereta dinaiki 3 penjenayah yang ditembak mati pagi tadi. Kereta itu dilaporkan kereta curi. |
Mereka ialah Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah, 20. Sementara seorang lagi dalam usia 20-an tiada sebarang pengenalan diri.
Mereka ditembak selepas kereta dinaiki terbabas dan cuba menyerang polis dengan parang.