Dia mendakwa berlakunya ketidakadilan dan penyelewengan dalam syarikat pengurusan artis itu, sehingga menyebabkan dirinya membuat desakan itu.
Eina yang juga anak saudara guru vokal dan penyanyi terkenal 80-an, Juliza Adlizan, mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Alternate Pictures, Latiff Mohaideen, 39, yang juga penerbit eksekutif Ratu The Movie, bersikap pilih kasih apabila hanya memberi layanan istimewa kepada beberapa pelakon baru filem itu, terutama Tryambikay Vendages atau BKay dan Shuhaila Sidik Mohamaed (Sue).
Tanpa berselindung, Eina dengan lantang membuat tuduhan, Latif mempunyai SKANDAL dengan BKay yang kini bertugas sebagai Pengurus, Koordinator Operasi, Wayang Studios International, manakala penulis skrip Ratu The Movie, Shukor Mohaideen pula didakwa menjalin hubungan istimewa dengan Sue. Justeru BKay dan Sue dikatakan mejadi anak emas LineClear Motion Pictures (LCMP).
Eina...mohon tamatkan kontrak |
Eina berharap sangat Alternate Pictures melepaskannya dengan cara baik dan dia akan membuat surat untuk menamatkan kontraknya yang masih berbaki.
Latiff pula dipetik menyifatkan ia hanya salah faham.