KONON dia gebang kepada semua orang yang dia pandai buang sial orang. Tapi hari ini sial yang datang menimpa dirinya, tak mampu dielakkannya.
Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi tadi seorang bomoh penipu yang memperdaya mangsanya kerana mendakwa mampu membuang sial, dikenakan hukuman penjara 5 tahun dan tiga sebatan.
Hakim S.M. Komaty Suppiah, menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Meng Wah, 47, selepas dia didapati bersalah memperdaya mangsanya, Wong Ngai Yin, 35, sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM44,500.