BANJIR yang berlaku ini yang menimpa Kedah dan Perlis adalah banjir terburuk sejak 2005.
Kenapa kerajaan berdiam, seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan hakikatnya tujuh orang telah menjadi mangsa dan hampir keseluruhan kedua-dua negeri terbabit telah lumpuh. Ini melibatkan prasarana dan urusan rasmi apabila hampir kesemua sekolah, beberapa pejabat KWSP, LHDN, balai polis, bomba, rumah ibadat dan pejabat pos ditutup di kedua-dua negeri.
Ayuh! Jangan hanya leka memikirkan pilihanraya. Media elektronik mesti digunakan untuk menghebahkan sekerap mungkin keadaan yang sedang berlaku sekarang ini!