AYAH kepada penyanyi muda, Najwa Mahiaddin, mendakwa PAS menjadi punca berlakunya beberapa insiden kekecohan sepanjag hari pengundian di Galas yang tamat sebentar tadi.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga mendakwa, penyokong PAS telah menceroboh sehinga ke kawasan khemah penyokong BN, menyebabkan keadaan menjadi tegang.
Pada masa yang sama ayah Najwa juga mendakwa dia difahamkan PAS telah membawa 3,000 penyokong parti itu dari luar Kelantan.
Sebaliknya beliau memuji kelancaran hari pengundian di Batu Sapi yang berjalan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Maknanya? PAS menang di Galas dan BN berharap untuk menang di Batu Sapi. Tapi bukankah sudah dikatakan kali ini BN/Umno akan mendapat kenangan paling manis di kedua-dua kawasan pilihanraya itu?!