Pasangan remaja kantoi melakukan adegan panas.(SUD) |
Mereka dikatakan diberkas ketika sedang hangat melakonkan babak-babak penting tetapi, kedua-duanya bertindak agresif selepas menyedari terperangkap dan enggan bekerjasama.
Akibatnya, penguatkuasa JAIS terpaksa meminta bantuan pasukan polis. Selepas disiasat, kedua-duanya dipercayai penduduk tempatan manakala pasangan perempuan merupakan pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di Mukah.
'Penggambaran' adegan panas di menara itu sering menimbulkan kemarahan penduduk setempat kerana ia dikatakan amat berleluasa sejak kebelakangan ini melibatkan banyak pasangan termasuk warga tempatan dan warga asing.
Malah gambar pasangan melakukan adegan panas juga pernah disiarkan di dalam media siber sebelum ini, menunjukkan sepasang kekasih sedang melakukan adegan panas di siang buta!
Pasangan aktor yang ditahan semalam dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.