POLIS kini sedang mencari seorang wanita, dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain di ladang Gadong, Tanjung Sepat.
Buruan mencari wanita itu kini bermula, dipercayai selepas ada maklumat diperolehi memberi petunjuk bahawa wanita berkenaan boleh membantu siasatan kes berkenaan.
Wanita berusia 27 tahun itu dikenali Sebagai Jesyntha Clarene Isreal dan beralamat di Lot 55, Batu 1/2, Jalan Jugra, Banting.
Polis amat ingin mencari wanita ini dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi DSP Khoo Leng Huat menerusi talian 010-4203791.