MISTERI di sebalik keistimewaan seorang gadis di Gong Nangka, Apal, Besut, Siti Balqis Mohd Nor yang mampu ghaib tanpa disedari orang, tetapi kemudian ditemui semula di beberapa lokasi pelik, kini menjadi bualan orang.
Malah Adun Jabi, Terengganu, Ramlan Ali sendiri melihat keajaiban itu berlaku apabila rumah keluarga yang dikawal oleh penduduk hampir setiap malam bagi membantu mengelakkan Siti Balqis ghaib secara misteri, berjaya dilolosi Sti Balqis tanpa disedari.
Selalunya Siti Balqis ghaib pada waktu senja atau tengah malam, tetapi akan ditemui semula di tempat atau lokasi yang kadang-kala di luar logik akal. Dia pernah ghaib dan selepas dicari ditemui berada di atas pokok. Dalam kejadian terbaru, dia ghaib tetapi kemudian ditemui berada di dalam mesin pembancuh simen!
Nah..kita kongsi fenomena pelik yang menimpa gadis ini bersama laporan Harian Metro hari ini.
Keajaiban mengghaibkan diri tanpa disedari orang lain adalah satu keistimewaan yang tidak ada pada orang lain, tetapi jika ia berterusan mungkin boleh menimbulkan masalah yang lain pula.
Keluarga Siti Balqis pernah mendapatkan bantuan serta khidmat bomoh bagi menangani masalah itu tetapi kesemuanya gagal. Hal ini turut diakui Ramlan yang juga pernah membantu keluarga itu mencarikan bomoh atau pengamal perubatan Islam.
Kisah Siti Balqis mampu ghaib kini semakin menjadi bualan. Namun hakikatnya, keluarga gadis itu juga amat memerlukan bantuan. Marilah dengan kemampuan yang kita ada cuba membantu keluarga ini.