nuffnang ads

Sunday, October 3, 2010

JIN AFRIT MENGGANGGU RUMAH ABAS AWANG DI SABAK BERNAM

ANGKARA JIN AFRIT dipercayai menyebabkan sebuah keluarga di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor menjadi huru-hara sejak lebih setahun lalu. Pelbagai gangguan terpaksa keluarga Abas Awang tempuhi, sehingga kadang-kala menakutkan mereka. Ini termasuk berlakunya kebakaran aneh yang membakar rumah dan buah keretanya.

Abas, 49, mendakwa sejak Februari lalu beberapa kejadian aneh berlaku di rumahnya di Parit 6 Timur di Sabak Bernam. Antara kejadian itu ialah lampu rumah terpadam, barangan dapur seperti pisau dan pakaian berterbangan. Selain itu, katanya penggera dan hon keretanya berbunyi sendiri walaupun enjin tidak dihidupkan dan kunci masih ada di tangannya.

Selang beberapa bulan selepas itu, berlaku pula kebakaran kecil pada pakaian dan dinding rumahnya sehinggalah memuncak pada Ramadan lalu apabila rumah, motosikal dan keretanya hangus. Bagaimanapun, katanya kereta masih boleh digunakan kerana mengalami kebakaran di bahagian dalam.

Beliau sekeluarga berpindah selepas kejadian itu bagi mengelak ia berulang namun kejadian aneh terus berlaku. Berlaku kebakaran kecil di biliknya dan dia telah pun mendapatkan bantuan pelbagai pihak untuk mengatasi masalah itu. Namun gangguan terus berulang.

Sementara itu, pendakwah bebas Hisham Surgi berkata kejadian yang berlaku itu sememangnya aneh dan dia sendiri melihat kejadian kereta Abas terbakar tidak lama dulu.

Mengulas lanjut berdasarkan pengalamannya, Hisham berkata kejadian itu boleh dikaitkan dengan angkara Jin Afrit kerana jin itu sifatnya membawa api.

"Ketika peristiwa Israk Mikraj, Jin Afrit mengejar Nabi dengan membawa api, lalu malaikat Jibril mengejar Nabi ayat Tammah dan akhirnya api jin itu terpadam dan jin itu tersungkur.

"Seperkara lagi, jika apa yang berlaku itu adalah angkara manusia, diharap mereka yang terbabit dapat bertaubat segera kerana melakukan sihir itu adalah dosa besar dan syirik. Dosa syirik menghapuskan semua amalan kebaikan kita, lebih-lebih lagi doa orang teraniaya tiada hijjab" katanya.
 (Dipetik daripada Metro Ahad)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10