nuffnang ads

Monday, October 4, 2010

JENERAL TIMUR PRADOPO BAKAL KETUA POLIS INDONESIA BARU

TEKA teki mengenai siapa yang bakal menggantikan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri yang akan bersara 31 Oktober ini, akhirnya terjawab apabila Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Marzuki Alie mendedahkan nama yang dicadangkan oleh Presiden Susilo Bambang Yudoyhono.

Sebentar tadi, Marzuki memaklumkan bahawa di dalam sepucuk surat rasmi yang diserahkan oleh Susilo kepada dewan, presiden itu menamakan Ketua Hal Ehwal Keselamatan Polis Indonesia, Jeneral Timur Pradopo sebagai ketua polis Indonesia menggantikan Bambang Hendarso.
 
Jeneral Timur yang baru dinaikkan pangkat kepada jeneral empat bintang, adalah bekas Ketua Polis Jakarta sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Hal Ehwal Keselamatan Polis. Beliau dijangka mengambilalih jawatan ketua polis pada 1 November depan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10