MATA kanan kakitangan Risda, Abdul Ghani Midon, 49, yang tercedera selepas tertembak oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad FadzillahMohamaed ketika berburu semalam, dilaporkan rosak.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Rosnah Ismail dipetik berkata, serpihan di bahagian mata berkenaan telah dibersihkan dan dia kini dilaporkan stabil. Selain itu katanya, terdapat juga serpihan peluru di bahagian leher mangsa.
Abdul Ghani dikatakan tertembak tidak sengaja oleh Ahmad Fadzillah ketika mereka berkumpulan berburu landak di Hutan Kemasul, Pahang. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, memang kejadian tersalah tembak ini sering berlaku ketika berburu di hutan.
Turut melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan tadi ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdul Sultan Ahmad Shah.