nuffnang ads

Friday, August 27, 2010

MAMPUKAH CHONG WEI MENDAPAT COP DUTI SETEM DAN GAM GAJAH DI KEJOHANAN DUNIA?

BOLEHkah Lee Chong Wei menjuarai kejohanan Badminton Dunia Yonex-BWX kali ini yang sedang berlangsung di Paris, Perancis? Ketika banyak pihak meletakkan lebih taruhan kepada Lin Dan sebagai juara yang pasti, kemampuan Chong Wei sekaligus seperti tidak diusik langsung oleh pemerhati badminton dunia. Mereka hanya tertarik dan teruja kepada Lin Dan. Kepada Lin Dan! Keupayaan untuk membuat kejutan oleh Chong dikatakan pengkritik sukan badminton sebagai jauh panggang dari api. Hatta kemampuannnya untuk mengejutkan Lin Dan juga dipandang hanya sebelah mata.

Hari ini akan bermulalah segala-galanya. Perjuangan pada peringkat suku akhir menyaksikan taufik Hidayat menjadi benteng, sama ada mampu menghalang atau tidak kemaraan Chong Wei dalam misi perjuangannya ke peringkat separuh akhir. Hanya dua langkah lagi untuk Chong Wei berada di dalam gelanggang akhir lusa - pastinya Lin Dan menjadi musuh tempur seperti diungkap-ungkapkan peminat dan pemerhati badminton dunia.

Ayuh Chong Wei. Ramalan Anak Kucing Batu mengatakan andalah juara kali ini. Anda tidak perlu mendengar ramalan sesiapa pun, sekalipun ia datangnya daripada Sotong Kurita. Anda dengarlah ramalan Anak Kucing Batu ini, yang pastinya sama seperti apa yang diramalkan oleh atma nurani anda ketika ini.

Semalam Chong Wei telah menewaskan Rajiv Ousped 21-9 dan 21-9. Hari ini anda akan berdepan Taufik Hidayat anak Jawa Indonesia itu pada peringkat suku akhir. Selepas itu anda jangan fikirkan siapa lawan anda di separuh akhir. Anda hanya perlu fikirkan bagaimana mahu melihat Lin Dan senyum tak jadi, gelak tak cantik dan cakap tak berbutir apabila kehilangan cara menentang anda di gelanggang akhir nanti.


Lusa adalah hari untuk anda buktikan bahawa anda telah memperolehi cop duti setem bagi mematerikan ranking kedudukan pertama dunia yang dimiliki kini. Lusa juga adalah harinya anda akan menghadiahkan sebotol gam gajah untuk menutup mulut Lin Dan dan jurulatihnya. Selepas itu, anda tahulah berapa tingginya premium yang perlu dibeli oleh Lin Dan dan konco-konconya bagi menginsuranskan mulut mereka yang celupar dan kurang ajar selama ini.
 
Ayuh Chong Wei! Jangan malukan Anak Kucing Batu. Jangan malukan orang kampung. Gendang telah dipalu, kompang telah dipukul. Meraikan kejayaan atau meraikan kekalahan. Anda hanya ada satu pilihan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10