KHIR TOYO kenapa diam selepas kecoh dan bising fasal pasir di Kampung Susu. Konon katanya, sungai di situ dah tercemar teruk angkara kerja-kerja pengambilan pasir. Konon juga maksudnya, kerajaan sekarang salah sebab tak ambil tindakan untuk pastikan kerja-kerja pengambilan pasir tidak mengancam alam sekitar.
Kenapa diam? Dah rasa bersalah atau malu-malu alang?
Benar kata kawan saya. Dia selalu memancing di sungai itu berbelas tahun lalu. Tapi sungai itu memang telah sedia tercemar angkara kerja-kerja pengambilan pasir yang berlaku sepenuh masa dalam tempoh Khir Toyo berkuasa.
Sekarang yang peliknya, Khir cuma mahu menjadi hero. Tapi caranya silap. Bila orang bantai balik sampai nampak pekung dia, terus senyap sembunyi muka.
Tapi tak apalah Khir. Saudara boleh menjadi hero semula. Caranya dengan pergi menolong saudara Mat Hassan, menteri besar Negeri Sembilan selesaikan masalah pasir di Kampung Pilin, Rembau. Mungkin saudara berdua boleh duduk-duduk di tebing sungai dan bukan sahaja bincang fasal pasir, tapi bincang juga fasal masa depan Negeri Sembilan yang semakin masak. Menunggu gugur aje!