nuffnang ads

Tuesday, July 13, 2010

NAK BERSATU BOLEH: TAPI DIAM-DIAM AJELAH

Sekali lagi suara ajak bersatu UMNO dan PAS kedengaran. Kata bijak pandai ajakan-ajakan begitu macam pernah kudengar, tapi di mana ya? Benar, ia berulang.

Seman yang demam seminggu mengusahakan kebun tebunya, bila mendengar cerita itu terus bertanya. Hampir kebah sakit yang berpunca dari bisul di punggungnya. Nak bersatu macam mana? Bersatu yang macam mana? Satu jalan ke Johor Bahru, satu lagi ke Arau.

Macam inilah. Tak payahlah ajak berajak. Soal kesepakatan, kalau sayangkan bangsa dan agama tak payah berheboh-hebohan. Buat benda yang baik lebih afdal secara diam. Nanti difitnah orang ada udang sebalik batu. Kalau betul ingatkan agama dan bangsa sendiri, buat macam cara orang dulu-dulu. Lepas sembahyang subuh, duduk berlutut bersalam-salaman.

Orang sekarang tak nak sangat dengar berita UMNO ajak PAS bersatu. PAS ajak UMNO bersatu. Orang sekarang dah jelak. Kalau UMNO kuat, teruskan perjuangan. Kalau PAS kuat, biar dia ambil alih. Rakyat tengah sibuk mengais tepi-tepi jalan nak cari rezeki mahu isikan mulut dan perut anak-anak sekeluarga. Rakyat dah penat berharap. Lebih 50 tahun merdeka, inikah hasilnya?

DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Tahun ini dijangka banyak baju bertaburan di tepi jalan. Musim orang tukar baju. Pencari katak juga dikatakan berkeliaran nak dibagi makan buaya.  Biasalah dah dekat musim raya. Dengar cerita juga, kawan-kawan nak tempah iklan. Keluarkan tender parti mana yang sanggup ambil dia jadi ahli.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10