Dengar cerita Jumaat lalu, sepasukan pekerja dihantar ke kampus UiTM Kuala Pilah di Negeri Sembilan bagi menjalankan kerja-kerja semburan bertujuan membersih persekitaran sekaligus mengusir lalat yang telah merampas kesejahteraan pelajar di kampus itu sejak sekian lama.
Beberapa pelajar mengakui kerja semburan itu telah berjaya mengelakkan lalat daripada terus berleluasa dan kini keadaan sedikit aman. Secara peribadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak terlibat tetapi suka diingatkan, lalat tidak pernah mempunya sifat putus asa.
Selagi ladang ternakan ayam ada, selagi itulah mereka akan berusah merampas keharmonian manusia yang hidup berdekatan, termasuk menumpang makan di pinggan sama, menumpang minum di cawan sama dan pada malamnya tergamak pula menumpang tidur di bantal yang sama.
Justeru itu adalah wajar kerja semburan dilakukan secara kerap dan berkala demi memastikan anak-anak bangsa kita yang bakal menjadi orang dan bakal pula memimpin orang dan negara pada masa depan dapat dalam keadaan selesa mentelaah pelajaran mereka.
Sekurang-kurangnya, pensyarah di kampus itu juga telah kembali tersenyum dan berani gelak membuka mulut. Begitu juga pelajar-pelajarnya. Selama ini wajah mereka suram. Senyum tidak, gelak pun tidak. Bukan kerana mereka sombong atau tertekan, tetapi bimbang kalau-kalau lalat tersesat lalu terlajak ke anak tekak.Tahulah lalat! Kalau tertelan, kata orang maung ada, kelat ada, manis pun ada.

Tentang ladang ternakan ayam itu, jangan pula ada yang tutup sebelah mata. Pantau kedudukannya, pantau lesennya, pantau pergerakannya dan pantau apa sahaja sehingga pengusahanya sedar bahawa dia bertanggungjawab hanya menternak ayam dan bukannya LALAT!