nuffnang ads

Saturday, March 12, 2011

CHONG WEI, KHOO/TAN KE SEPARUH AKHIR ALL ENGLAND


LEE CHONG WEI hanya memerlukan 30 minit untuk mengajar Bonsana Poonsana bagaimana bermain badminton dalam pertandingan peringkat suku akhir All England.

Chong Wei membajak dengan kemenangan 21-15, 21-7 untuk menunjukkan Bonsana pintu keluar daripada pertandingan berprestij itu. Chong Wei layak ke separuh akhir untuk bertemu Chen Long yang menghadik Peter Gade dalam pertandingan suku akhir yang lain.

Pasangan beregu Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong juga menempah tiket ke separuh akhir selepas bergumpal hampir 50 minit dengan pasangan Indonesia, Markus Kido/Hendra Setiawan, 21-19, 23-25 dan 21-11.


GAMBAR: TUHAN UJI JEPUN 121 GEGARAN SEJAK SEMALAM


SEJAK semalam Allah menguji Jepun dengan menghadiahkan 121 gegaran termasuk separuh daripadanya berkekuatan melebihi 5.5 skala richter. Namun gegaran paling kuat adalah pada skala 8.9 yang sehingga kini dipercayai menalan puluhan ribu mangsanya.

TENGKU RAZALEIGH KATA TUN MAHATHIR PEMBOHONG


TENGKU Razaleigh menafikan dakwaan dalam buku terbaru Tun Mahathir bahawa beliau menggunakan wang untuk membeli undi.

Tengku juga mendakwa dakwaan Mahathir itu jelas beliau (TM) seorang pembohong kerana kata Tengku beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk melakukan pembelian undi.

Sudah-sudahlah. Banyak lagi orang Melayu tengah merempat. (Itu pun banyak orang Melayu masih tak percaya!)

Kadang-kadang terasa betul juga Malay (Melayu) Sia (Rugi)!- Malaysia!

ANGKA KEMATIAN TSUNAMI LEBIH 1,000


ANGKA kematian akibat tsunami di Jepun, dilaporkan mencecah lebih 1,000 orang. Angka dilaporkan meningkat puluhan ribu.

Friday, March 11, 2011

100 ATAS KAPAL HILANG DIPUKUL TSUNAMI DI JEPUN


SEBUAH kapal membawa 100 penumpang karam dipukul tsunami. Kesemua mangsa dipercayai maut, lapor Kyodo News.

Kapal berkenaan milik sebuah syarikat di Miyagi. Sehingga kini 65 dilaporkan terbunuh akibat tsunami, selepas gempa sekuat 8.9 skala richter melanda Jepun.

TSUNAMI DI JEPUN


GAMBAR TSUNAMI DI JEPUN


GEMPA BUMI pada skala 8.9 richter menyebabkan tsunami di Jepun. Setakat ini 17 orang dilaporkan terbunuh tetapi pihak berkuasa percaya angka kematian akan meningkat.

Thursday, March 10, 2011

LEE CHONG WEI KE SUKU AKHIR ALL ENGLAND


LEE CHONG WEI menempah tiket ke suku akhir apabila menumpaskan Bao Chun Lai, pilihan ke 13 dari China dengan 21-16, 21-16 dalam tempoh 42 minit dalam pertandingan Badminton perseorangan All England.

Chong Wei akan bertemu sama ada Lee Hyun Il dari Korea Selatan atau Boonsak Ponsana dari Thailand yang akan bertemu jam 1 pagi waktu Malaysia.

DURIAN INI ISINYA PUTIH KE KUNING?


PETAH dia berbicara. Katanya durian yang dijualnya itu enak. Memang enak dan sedap, katanya. Peliknya, tidak seperti penjual durian yang lain, dia tidak menunjukkan isi durian yang dijualnya.

Katanya, durian yang dijualnya memang sedap. Diulang-ulangnya perkataan itu. Enak dan sedap. Dari cara dia bercakap, walaupun mencuba sebaik mungkin bercakap seperti orang tempatan, dapat diketahui dia bukan orang sini. Namun itu bukan persoalannya.

Dia menjual durian tanpa mahu mengopek sebahagian kulit durian yang diinginkan. Sebaliknya dia memberitahu kalau sampai rumah, duriannya mengkal atau tidak masak boleh dipulangkan dan dia akan menggantikan yang baru.

Kemudian saya tanyakan satu soalan. Warna isi durian itu kuning atau putih?

Apa jawabnya? Putih tak putih, kuning tak kuning!

Saya pun ulang bertanya. Dia pun ulang menjawab dengan jawapan serupa.

Secara hormat saya pun kata padanya, saya tidak dapat membeli duriannya. Pertama kata saya kerana dia tidak berani berterus-terang. Kalau isi durian dijualnya warna putih, cakaplah putih. Kalau isinya kuning, cakaplah kuning. Hanya satu jawapan yang sepatutnya dia jawab. Putih atau kuning. Bukannya, putih tak putih, kuning tak kuning.

Ini adalah teknik jualan yang dia gagal memahaminya!

GAMBAR: BANGLADESH MAIN SOROK-SOROK!


ENAM jahanam betul! Lihatlah sebahagian yang terlepas daripada tangkapan oleh DBKL di Selayang semalam. Mereka adalah warga asing yang memerhatikan dari jauh rakan mereka dicekup kerana tidak memiliki dokumen-nst
 

Wednesday, March 9, 2011

GAMBAR: DATIN SRI SHAHNAZ A MAJID-TUNTUT RM400 JUTA TERMASUK HARTA SEPENCARIAN


ISTERI Datuk Seri Mahmud Bekir, Datin Seri Shahnaz A Majid bersama peguamnya. Shahnaz memfailkan permohonan cerai dan menuntut RM400 juta daripada suaminya sebagai tuntutan mutaah dan harta sepencarian.-thestar

MENANTU KETUA MENTERI SARAWAK FAIL TUNTUTAN CERAI


MENANTU Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Sri Mahmud Abu Bekir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Datin Sri Shahnaz A Majid juga membuat permohonan tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta dan harta sepencarian RM300 juta!

Selamatlah dengan aman berjalannya proses ini. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan!

Tuesday, March 8, 2011

100 HILANG TEMPAT TINGGAL, 60 RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG TITINGAN, TAWAU


SIMPATI dengan nasib 100 orang yang kehilangan tempat tinggal apabila 60 rumah milik mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, Tawau, hari ini.

4 SASTERAWAN NEGARA SEPAKAT SOKONG INTERLOK: NAFI IA MENGHINA KAUM


EMPAT Sasterawan Negara (SN) hari ini sepakat mengakui bahawa novel Interlok tidak menghina mana-mana kaum. Sehubungan itu, marilah kita membaca karya sastera daripada tingkap sastera. Jangan membaca novel yang ditulis dengan penuh keikhlasan itu dari pintu politik atau dari jendela perkauman.

Empat Sasterawan Negara yang bersetuju untuk mempertahankan kedaulatan hasil sastera itu ialah SN Datuk Muhamad Salleh, SN Datuk Anwar Ridhwan, SN Datuk Shahnon Ahmad dan SN Datuk Noordin Hassan. Tahniah kepada Sasterawan Negara yang berani membuka kunci mulut demi mempertahankan nilai sastera sejati.

PURATA SEORANG SEHARI BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEJAK 2001


MENTERI DALAM NEGERI, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, memaklumkan 4118 orang telah dilaporkan membunuh diri di negara ini sejak 2001 sehingga 2010.

Lebih kurang maknanya, sebanyak 411 orang bunuh diri setiap tahun. Maknanya juga, purata 34 orang bunuh diri setiap bulan. Maknanya juga, purata seorang sehari bunuh diri sejak 2001 di negara ini.

Maknanya lagi, bahaya betul!

GAMBAR: BUYUNG GAGU DIBUANG DAERAH KE TAMAN NEGARA


BUYUNG GAGU, gajah jantan (bergading) yang ditahan 'reman' selepas diberkas di Jelebu, baru-baru ini 'dibuang daerah' ke Taman Negara.

JIKA KITA GAGAL MENGUBAH DUNIA


JIKA kita gagal mengubah dunia, ubah manusianya. Jika gagal mengubah dunia dan manusianya, ubah diri kita! InsyaAllah dunia dan manusia lainnya akan berubah.

Ini bukan khutbah, tapi luah.

LAGI GAMBAR KERETA MUSNAH DI KUALA LUMPUR


LEBIH 30 KERETA RANAP DI KUALA LUMPUR PETANG SEMALAM


Antara yang musnah dihempap pokok tumbang
LEBIH 30 kereta ranap semalam di sekitar Kuala Lumpur akibat dihempap pokok tumbang. Semuanya gara-gara ribut yang berlaku dalam sekelip mata petang semalam, membabitkan beberapa kawasan letak kereta, termasuk di Jalan Tun Razak dan Ampang.

Monday, March 7, 2011

GAMBAR CERITAKAN SEGALA-GALANYA: KENA TANGKAP TU, SEBAB CURI MOTOSIKAL!


Dua warga Indonesia kantoi ketika cuba mencuri motosikal di Jalan Alwi, Kuching. Salah seorangnya ada dalam gambar. Lihatlah...gambar menceritakan segala-galanya!-pix:SU

GAMBAR: SENAMAN UNTUK SAKIT LEHER DAN TENGKUK


ADUH!! sakitnya tengkuk aku ni.

GAMBAR: SSHHHH!..SSSHHHH...DIAM-DIAM! JANGAN BISING-BISING, AKU MENYOROK BELAKANG ENGKAU NI!


Sshhhh...diam-diam tau. Aku menyorok kat belakang engkau. Engkau diam-diam jangan cakap aku ada kat belakang engkau!

GAMBAR: EMPAT SETAN DIKESAN MERAYAU DI PANTAI SANTO DOMINGO CHINA


SUDAHLAH berlenging tanpa baju, bertanduk pula tu. Inilah wajah setan yang dipamerkan oleh remaja di China dalam satu majlis di pantai negara berkenaan.

GAMBAR: GASING GERGASI SEDANG BERTUGAS!


AWAS! Kalau anda membawa setakat gasing yang dibeli  di kedai Ah Chong, lupakan sahaja niat untuk memangkah gasing ini. Sesuai namanya sebagai gasing gergasi, gasing ini hanya mampu dipecahkan dengan PE atau bom tangan! Ia dipertontonkan di Dataran Jinhui, Luannan, China.

GAMBAR: 150 RAKYAT AUSTRALIA YANG GILA, BERBOGEL NAIK BASIKAL DI MELBOURNE


BARANGKALI kerajaan Australia harus memberi perhatian kepada gejala/penyakit gila yang sedang menimpa rakyatnya. Ini kerana 150 orang yang boleh dikatogerikan gila, menaiki basikal beramai-ramai di Melbourne, kelmarin.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10