DIPETIK tulisan ini daripada blog Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya. Mari kita baca dan kita cari apa sebenar dan sepatutnya yang beliau atau dikenali Tiger ini mahu sampaikan. Kalau sajak katakan sajak, kalau seloka katakan seloka, kalau lawak katakan lawak, kalau tak tahu kita biarkan saja!
DENGAR TITAH RAJA
Melayu.
Jangan derhaka.
Nanti dapat malapetaka.
Ini negeri raja punya.
Kita semua hanya menumpang.
Derhaka nanti kena pelempang.
Mereka tuan tanah.
Yang menentukan arah.
Ikutlah titah raja.
Supayakita hidup beraja
Bukan beraja di hati
Menyusahkan rakyat.
Ingat.
Komen saya, tentang KITA SEMUA HANYA MENUMPANG, memang betul kerana tanah dan bumi ini milik Allah. Cuma jangan kita membayangkan raja dan sultan kita tidak mempunyai adab sehingga kerana derhaka mereka akan melempang. Harap-harap perkataan MELEMPANG ini tidak digunakan dalam tafsir dan intonasi yang silap kerana kita mungkin boleh dianggap menghina raja!
Raja dan sultan kita masih ada adab dan budi dan adakah PELEMPANG akan diberikan kepada rakyatnya? Memang kita jangan menderhaka kepada raja. IKUTLAH TITAH RAJA memang wajar kita ikut jika titah itu tidak bertentangan dengan agama. Titahnya yang baik dan mulia sebagai ketua rakyat mesti dipatuhi. SUPAYA KITA HIDUP BERAJA, memang benar raja memayungi kita.
Apa pun terpulang kepada pembaca. Secara terang, saya amat dukacita membaca catatan yang ditulis oleh Datuk Ibrahim @ Tiger. Maafkan saya kawan, saya kena menegur!
nuffnang ads
Tuesday, January 4, 2011
ZURIN PELAJAR KERDIL, MENDAFTAR DARJAH SATU: JANGAN KHUATIR ZURIN, ALLAH MENGURNIAKAN SEGALANYA PENUH HIKMAH
SEORANG pelajar perempuan yang mendaftar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pekan, Pahang menarik perhatian ramai kerana hanya memiliki ketinggi 60 sm, dianggarkan dua kali ganda ketinggian rakan-rakannya yang lain.
Namun itu tidak mematahkan semangat Zurin Hazlien Abd Halim, 7, untuk menikmati suasana pembelajaran sesi baru seperti pelajar lain.
Walaupun tidak dapat menggunakan kerusi biasa kerana terlalu besar, Zurin dibekalkan kerusi bermotor bagi memudahkannya duduk di dalam kelas. Kerusi yang sama sebelum ini digunakan oleh abangnya, Zuklhanif yang memiliki ketinggian 70 sm.
Ibu pelajar itu, Zurinah Tabingin, 34, berkata semua anaknya mempunyai ketinggian yang istimewa kecuali anak sulungnya yang tinggi seperti kanak-kanak yang normal.
Ayuh Zurin, itu bukan batas dan sempadan untuk kita ketinggalan. Allah berikan semua ini dengan hikmah yang amat besar.
![]() |
| Zurin dengan ketinggian 60 sm mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pekan, Pahang. pix:mohdrafimamat/nst |
Walaupun tidak dapat menggunakan kerusi biasa kerana terlalu besar, Zurin dibekalkan kerusi bermotor bagi memudahkannya duduk di dalam kelas. Kerusi yang sama sebelum ini digunakan oleh abangnya, Zuklhanif yang memiliki ketinggian 70 sm.
Ibu pelajar itu, Zurinah Tabingin, 34, berkata semua anaknya mempunyai ketinggian yang istimewa kecuali anak sulungnya yang tinggi seperti kanak-kanak yang normal.
Ayuh Zurin, itu bukan batas dan sempadan untuk kita ketinggalan. Allah berikan semua ini dengan hikmah yang amat besar.
APA KAITAN 5,000 BURUNG HITAM MATI DARI LANGIT DENGAN KEMATIAN 100,000 IKAN DI SUNGAI ARKANSAS?
| 100,000 ikan juga ditemui mati di Sungai Arkansas sehari sebelum 5,000 burung hitam ditemui mati |
TIADA pihak yang boleh menjawab kecelaruan berhubung kematian 5,000 ekor burung hitam dan 100,000 ikan di Arkansas selang sehari, sempena menyambut tahun 2011 ini.
Setakat ini beberapa ujian dilakukan ke atas sampel bangkai burung hitam yang turun dari langit itu tidak menunjukkan ia keracunan. Walaupun ada teori lain seperti kejutan bunga api, terkena kilat dan perubahan cuaca mendadak, semua hipotesis itu tidak disokong oleh ujian makmal yang saintifik sifatnya.
| Hanya burung jenis ini sahaja gugur dari langit dan mati |
Menurut jurucakap Suruhanjaya Ikan dan Taman Arkansas, Keith Stephen, longgokan ikan mati itu ditemui seorang penduduk di sepanjang 32 kilomter di tebing Sungai Arkansas dan hanya 125 kilometer dari lokasi burung hitam ditemui gugur pada 1 Januari lalu.
Sekurang-kurangnya umat Islam percaya, Allah sedang menguji manusia apabila menjadikan insiden burung mati dan ikan mati dalam jumlah yang banyak ini. Ada hikmah barangkali di sebalik kejadian itu yang menuntut manusia belajar sesuatu, terutama mereka yang memerintah sesebuah negara.
GAMBAR: ULAR DAN BUAYA BERKELIARAN MERAIKAN BANJIR DI AUSTRALIA
BANJIR di australia, khususnya di Queensland dikatakan telah meluas sehingga kawasan terbabit dianggarkan sebesar Perancis dan Jerman jika digabungkan.
Namun, masalah baru mencetuskan kebimbangan penduduk apabila haiwan berbisa seperti ular dan buaya mula dilihat berkeliaran.

SIAPA CURI RM3,000 MILIK NADIAWATI AF8, SILA PULANGKAN: BANYAK TUUU!
NADIAWATI Ainul Basir, 24, peserta Akademi Fantasia Musim ke 8 (AF8) kehilangan RM3,000 apabila beg tangannya dirembat seseorang ketika menghadiri pertandingan boling di pusat beli-belah di Wangsa Maju, kelmarn.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Ain, nama gelar Naidawati berkata dia meletakkan beg tangannya di tempat duduk pemain sebelum bergegas naik ke pentas untuk menyanyikan lagu bagi menghiburkan peminatnya.
Dalam sibuk menghiburkan peminat, pihak penganjur mengumumkan penemuan beg tangan, dipercayai ditinggalkan si maling. Ain terkejut dan mendapati beg itu memang miliknya dan selepas diperiksa, dia kehilangan RM3,000.
Satu laporan polis dibuat dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainudin Ahmad mengesahkan satu siasatan sedang dilakukan.
Kepada pemaling yang ringan tangan mengambil beg itu, pulangkanlah wang yang diambil. Kesian Ain, banyak tuuu...

FENOMENA HARIAN METRO: TERCAPAI SUDAH IMPIAN ALLAHYARHAM TAN SRI SAMAD ISMAIL
HARIAN METRO telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia persuratkhabaran di negara ini, terutama kerana kejayaannya mengungguli sebagai akhbar nombor satu yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai sesuatu yang menakjubkan.
Unggul duduk di tempat teratas dalam tempoh 20 tahun adalah sesuatu yang dipanggil fenomena dan benar seperti apa dikatakan Menteri Besar Pahang, bahawa Harian Metro mencetuskan fenomena yang tidak pernah berlaku dalam sejarah akhbar cetak lain sebelum ini.
Barangkali kalau Tan Sri A Samad Ismail masih ada hayatnya pada hari ini, tentu beliau menjadi antara orang yang amat gembira melihat fenomena yang berlaku kerana allahyarham pernah mengucapkan kata-kata bahawa beliau ingin melihat Harian Metro menjadi akhbar utama di negara ini.
Kata-kata bergema dalam ucapannya ketika berceramah pada tahun 1991 di sebuah bilik bangunan lama NSTP di Jalan Riong, ketika Harian Metro baru sahaja beberapa bulan dilancarkan. Malah saya masih ingat allahyarham berulang kali menyatakan keyakinannya itu. Akhirnya apa yang dicita-citakan oleh tokoh kewartawanan itu telah menjadi kenyataan. Syabas dan alhamdulillah.
Ketika meraikan kejayaan luar biasa Harian Metro ini, bersamalah kita menghadiahkan alFatihan kepada roh allahyarham yang sebenarnya banyak berjasa menunjuk ruang dan jalan kepada akhbar nombor satu ini pada peringkat awal penubuhannya.
BERSAMALAH MERAIKAN ULANG TAHUN KE 20 HARIAN METRO

SIAPA KATA MISBUN TIDAK SAYANGKAN NEGARA? JANGAN TUDUH SEBARANGAN
TANPA mahu berpihak, elok kita renung sejenak apa sebenarnya yang tersirat di sebalik perletakan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan badminton BAM.
Menuduh Misbun sebagai tidak sayangkan negara, sama seperti menuduhnya seorang yang tidak patriotik. Sama melabelkannya sebagai pengkhianat dan ini adalah satu penghinaan yang tidak boleh diterima orang!
Siapa yang kenal, tahu dan mengkaji serta mengekori susur galur perjuangan Misbun dalam dunia badminton negara sudah tentu tidak terbuka bibir untuk melepaskan kata-kata itu.
Benar. Misbun meletakkan jawatannya kerana tidak lagi dapat menerima hakikat bahawa dirinya teraniaya. Benar. Misbun kecewa dan kekecewaan adalah normal bagi manusia yang dianugerahkan perasaan, apatah lagi bagi mereka yang telah sekian lama menabur jasa yang saban waktu seolah-olah ditikam dari belakang seperti tidak dipandang, hatta sebelah mata!
Berapa banyak air mata dan keringat Misbun tumpah kerana negaranya? Siapa yang pernah bertanya? Siapa yang tahu bagaimana Misbun meletakkan nyawa isterinya di tempat kedua hanya kerana negara? Siapakah yang bertanya bagaimana Misbun berkorban sering meninggalkan isteri yang sakit kronik demi negara. Siapa yang tahu sejak kecil, Misbun 'didera' oleh allahyarham ayahnya demi menjadikan dia seorang yang berguna demi bangsa dan negara.
Tolonglah. Dalam melihat atau menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam BAM sekarang, jangan kita sampai tersilap memilih kaca dan permata. Misbun itu sebenarnya permata, cuma kilauannya cuba dilitupi oleh awan mendung seseorang yang mempunyai kepentingan dan agenda tertentu dalam BAM.
Kita seharusnya bersyukur kerana Misbun tidak dilahirkan sebagai seorang yang kurang ajar. Kalau diikutkan sebagai manusia yang tiada sabar, telah lama Misbun menunjukkan sifat kurang ajar terhadap apa sahaja yang berlaku dan menimpa dirinya selama membiarkan dirinya menjadi lilin menerangi demi kepentingan negara.
Tanyalah pada Datuk Lee Chong Wei. Chong Wei bukan sekadar anak didik Misbun, tetapi adalah umpama anak kandung yang dibelai dan diasuh menjadi permata negara. Tanyalah pada keluarga Chong Wei! Kalau dipilih untuk siapa disayangi lebih di antara BAM dan Misbun, tidak mustahil Chong Wei akan memilih Misbun.
Demikian akrab dan retinya Chong Wei dan mereka yang rapat dengan Misbun tentang patriotismenya terhadap negara tercinta. Misbun tahu apa yang dilakukannya. Dia melakukannya demi maruah dan harga diri! Mempertahankan maruah dan harga diri adalah hak manusia dan dia tidak boleh dicop sebagai tidak sayangkan negara.
Jika kita mahukan rakyat menyayangi negara, tanyalah diri kita apa yang telah kita lakukan untuk menghargai dan menjaga hati dan perasaan seseorang yang telah banyak berjasa.
Kepada pimpinan BAM, anda jangan tersilap catur. Sebenarnya yang berkilau pada mulut dan cakap itu bukan intan. Yang banyak bercakap dan membodek itu adalah pasir dan kaca dan jika tidak pun mungkin najis yang amat berbahaya!
Awas pimpinan BAM. Dalam segenggam pasir di tangan, Misbun adalah sebutir intan di antara jutaan pasir itu. Dia tak pernah meminta apa-apa kecuali, tolonglah kita faham bagaimana untuk menjaga perasaan, maruah dan hak dia sebagai manusia yang pernah dan amat banyak berjasa!

KAK, PINJAM BILIK YA. AKU NAK KHALWAT KEJAP!
KES mereka kerana ditangkap khlawat di sebuah hotel murah di Jalan Kampung Perak, Alor Setar pada November lalu belum kering lagi, tapi pasangan kekasih itu masih tidak serik-serik, apabila diberkas lagi pagi kelmarin kerana kesalahan serupa.
Pasangan masing-masing berusia 19 tahun itu diberkas penguatkuasa jabatan agama ketika sedang lena tidur di sebuah bilik sewa milik kakak angkat remaja perempuan terbabit di Jalan Langgar, Alor Setar, kira-kira jam 4 pagi.
Difahamkan, kes mereka kerana ditangkap khalwat November lalu masih disiasat dan belum dibicarakan lagi di mahkamah. Kali ini mereka buat lagi. Pasangan lelaki dikatakan berasal dari Titi Gajah manakala perempuannya dari Pumpong.
Sebelum kejadian, pasangan wanita dikatakan menghubungi teman lelakinya supaya datang ke bilik sewa milik kakak angkatnya yang keluar membeli makanan. Dia mengambil peluang itu untuk bersedap-sedapan dengan teman lelakinya.
Wanita bekerja sebagai pembantu kedai emas itu dipercayai terlalu merindui teman lelakinya, apatah lagi cuaca kebelakangan ini asyik hujan sahaja!

SEORANG RENTUNG, 4 CEDERA: VAN TERBAKAR BERTEMBUNG KERETA DI PASIR MAS
SEORANG pemandu van rentung, manakala empat penumpang yang lain cedera apabila kenderaan dinaiki bertembung sebuah kereta jenis Suzuki Swift, sebelum terbalik dan terbakar di KM13.5, Simpang Tiga, Jalan Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan pagi semalam.
Abdul Razak Lah, 71, mati di tempat kejadian akibat terbakar, manakala empat yang lain cedera ketika kenderaan mereka dari Gua Musang ke Thailand terbabit kemalangan jam 7.30 pagi.
Pemandu kereta Suzuki Swift, Md Afiq Azfar Sayuti, 19, turut cedera dan kesemua kini dirawat di Hospital Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliluddin Rahim mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan telah dipandu memasuki laluan van.

ABBY CEMBURU BILA MEMEY ANGKAT TELEFON NORMAN???
![]() |
| Abby luahkan geram pada Memey dalam facebook gara-gara Memey angkat dan jawap panggilan Abby kepada Norman...steadylah Abby |
APAKAH Abby cemburu apabila panggilan telefon yang dibuatnya kepada bekas suaminya, diangkat dan dijawab oleh Memey, tunang Norman?
Kalau Abby tidak cemburu kenapa Abby angin sangat sampai tulis insiden itu dalam facebook menyebabkan Memey bengang apabila mengetahuinya.
Mungkin Abby mahu memberitahu sesuatu pada Norman mengenai anak mereka, tetapi Memey adalah tunang Norman. Salahkah Memey menjawab panggilan itu apatah lagi dia tidak tahu siapa pemanggilnya sebab tiada nombor tertera pada skrin telefon Norman itu.
Sudah-sudahlah Abby. Tahun baru ini bukalah buku baru. Sudah tentulah Norman akan menjadi suami Memey dan janganlah menulis sesuatu yang boleh membuat orang lain terasa hati.
Tidak salah kiranya Abby berbuat baik dengan Memey. Steadylah Abby. Abby cun lagi apa!
TV3 SIASAT KES KARAM SINGH WALIA
APA yang dikatakan oleh seorang pegawai kanan TV3 semalam berkait apa yang dimaksudkan stesyen televisyen itu sedang 'memikirkan' sesuatu tentang impak dari insiden membabitkan wartawannya, Karam Singh Walia dikepung sekumpulan lelaki kerana didakwa menghina kaum Melayu, ternyata benar.
Semalam, dalam satu kenyataannya, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar, berkata TV3 memandang serius apa yang berlaku itu.
Dalam kenyataan sama, Ahmad berkata stesyen penyiaran itu akan menentukan jenis tindakan sesuai yang akan diambil ke atas Karam, selepas sahaja siasatan mengenai kes itu selesai dijalankan secara dalaman oleh panel syarikat.
Karam terbabit dalam ketegangan dengan sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Andalas, Klang beberapa hari lalu gara-gara dia bercakap mengatakan antara lain orang Melayu tidak berasal dari Malaysia atau Indonesia.
Insiden itu nyaris bertukar buruk, memaksa sekumpulan lelaki tidak berpuas hati dan mendesak Karam Singh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang Melayu di negara ini akibat mengucapkan kata-kata yang mengguris hati itu.
Video insiden itu tersebar luas di YouTube, antara lain menunjukkan dia dikepung dan dimaki hamun pihak yang tidak berpuas hati dengan kata-katanya.
Karam juga dilihat dalam video tersebar itu memohon maaf secara terbuka dan antara kata-katanya ialah dia sanggup melutut kepada setiap lelaki yang berada di situ bagi menunjukkan dia amat kesal kerana mengucapkan kata-kata berkenaan.
Akibat insiden itu juga, TV3 dihujani banyak panggilan orang ramai yang meluahkan perasaan tidak puas hati selain ada di antaranya meminta kes itu tidak dipanjangkan.

Monday, January 3, 2011
TUK..., BANYAK ORANG KATA TUK YANG ROGOL PEMBANTU RUMAH TU. BETUL KE?
MULANYA tak nak campur sangat, tapi bila banyak sangat laman web termasuk blog dan facebook terang-terang sebut nama orang tertentu sebagai orang yang dituduh merogol amah Indonesia tu, saya rasa tuk jangan diam ajelah.
Betul ke tuk yang rogol amah tu? Betul ke masa tuk buat kali terakhir dengan amah tu, tuk kantoi dengan isteri tuk?
Kalau tak keberatan, boleh tak tuk jelaskan macam mana reaksi bini tuk masa tertengok tuk tengah buat kerja dengan amah tu? Boleh tak tuk? Bukannya apa, sebab banyak orang banyak cerita. Jadi tuk kena cerita untuk betulkan cerita yang bersimpang siur itu biar cerita sebenarnya lurus macam pokok tunjuk langit tu!
Satu lagi tuk. Betuk ke tuk syok dengan amah tu? Atau sebetulnya amah tu aje yang syokkan tuk sehingga digodanya tuk sampai tuk tak boleh nak tahan dan nak elak?
Betul ke tuk, amah tu bini orang yang dah ada anak? Kalau tengok gambar pangkah mata, boleh tahan gak amah tu ye tuk. Agak-agak tuk lah, amah tu selalu makan majun jenama ape ye?
Satu lagi tuk...orang dulu-dulu cakap kalau diam aje tu maknanya setuju. Maaf ya tuk..bila tuk diam aje dalam isu ini tuk setujulah ye? Tuk jangan diam aje tuk. Sekarang zaman WiFi tuk...tak boleh diam aje, kena beritahu. Kalau tuk buat tuk cakap, tak buat pun tuk cakap.
Demikianlah tuk. Cucu sekadar tumpang tanya. Sesekali turun Kuala Kelawang, singgah Seperi atau Sungai Rotan atau Titi teringat semua ini. Kesian tuk kena hentam tapi tuk pun salah sebab tak balas cepat. Balas aje tuk. Biar semua tahu, tuk buat atau tak buat.
Ala tuk, zaman sekarang nak malu apa. Cakap aje cerita sebenar. Kalau tak percaya cuba baca paper. Tuk tentu selalu jumpa kes bapak tala anak, abang bantai adik, suami tibai adik ipar. Itu lagi malu tuk. Ini...alahai tuk, buat selamba aje. Kita kan sama-sama lelaki tuk! Nak malu apa, amah pun ada nafsu jugak. Lainlah kalau tuk yang paksa dan dia tak mahu.

KHAIRUL FAHMI DAPAT RUMAH SEBAGAI HADIAH DARIPADA KERAJAAN KELANTAN
PENJAGA gol kebangsaan yang menunjukkan prestasi membanggakan dalam pertandingan akhir piala Suzuki AFF ketika Malaysia menewaskan Indonesia menerima dua kejutan hari ini.
Kejutan pertama ialah setibanya di kampung dari Kuala Lumpur, dia disambut oleh Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama ratusan penduduk kampung sebagai meraikan sumbangannya sehingga berjaya membawa Malaysia muncul sebagai juara.
Namun kejutan paling besar ialah apabila Nik Aziz mengumumkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk menghadiahkan sebuah rumah sebagai hadiah kepada Khairul Fahmi sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan negeri.
Khairul Fahmi yang terkejut dengan hadiah itu, kehilangan kata-kata apabila diumumkan akan menerima sebuah rumah daripada kerajaan negeri.
Namun dia berjanji penghargaan yang diberikan itu akan menaikkan lagi semangatnya untuk maju dalam sukan bola sepak selain berjanji akan berusaha memastikan impian rakyat dan kerajaan negeri untuk Kelantan terus berjaya akan cuba ditunaikan sebaik mungkin.

SAKINEH MOHAMADDI ASHTIANI YANG DIHUKUM REJAM DENGAN BATU SAMPAI MATI, BUAT PENGAKUAN MEMBUNUH SUAMINYA
TELEVISYEN Iran hari ini menayangkan pengakuan seorang ibu beranak dua, Sakineh Mohamaddi Ashtiani, 43, yang mengaku membunuh suaminya pada 2005 bersama teman lelakinya, di rumahnya.
Sakineh yang sebelum ini dijatuhi hukuman rejam dengan batu sampai mati atas kesalahan melakukan hubungan sulit dengan lelaki bukan suaminya, mendapat reaksi keras daripada negara barat.
Hari ini Sakineh mengaku melakukan pembunuhan ke atas suaminya dengan bantuan teman lelakinya, Isa Taheri. Menurut pengakuan itu, Sakineh memberitahu dia telah menyuntik suaminya menggunakan bahan tertentu menyebabkan suaminya tidak sedarkan diri.
Selepas itu, katanya teman lelakinya, Isa Taheri datang ke rumahnya dan merenjat tubuh suaminya itu menggunakan elektrik.
Ada pihak meramalkan kemungkinan Sakineh tidak dikenakan hukuman rejam, sebaliknya dikenakan hukuman gantung sampai mati berdasarkan pengakuannya membunuh suami dan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain.
![]() |
| Sakineh mengaku suntik suami sehingga tidak sedarkan diri sebelum teman lelakinya datang merenjat tubuh suaminya menggunakan elektrik. |
Hari ini Sakineh mengaku melakukan pembunuhan ke atas suaminya dengan bantuan teman lelakinya, Isa Taheri. Menurut pengakuan itu, Sakineh memberitahu dia telah menyuntik suaminya menggunakan bahan tertentu menyebabkan suaminya tidak sedarkan diri.
Selepas itu, katanya teman lelakinya, Isa Taheri datang ke rumahnya dan merenjat tubuh suaminya itu menggunakan elektrik.
Ada pihak meramalkan kemungkinan Sakineh tidak dikenakan hukuman rejam, sebaliknya dikenakan hukuman gantung sampai mati berdasarkan pengakuannya membunuh suami dan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain.
PRESIDEN KESATUAN WARTAWAN KEBANGSAAN (NUJ) BAKAL BERDEPAN KEMUNGKINAN DIPECAT OLEH UTUSAN MALAYSIA
KEMUNGKINAN beliau akan dipecat, demikian akui Hata Wahari, wartawan Utusan Malaysia yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kepada The Malaysia Insider (TMI) berhubung perkembangan terakhir selepas Hata mengeluarkan kenyataan akhbar mengkritik kepemimpinan ketua editor dan editor kanan akhbar Utusan Malaysia berkait kejatuhan naskah edaran akhbar itu.
Sambil menyifatkan beliau tidak kesal dan tidak bimbang jika dipecat seperti tindakan diambil ke atas rakan sejawatannya, Amran Ahmad, sebelum ini kerana membuat laporan kepada SPRM, Hata juga dipetik belum mengetahui keadaan sebenar masa depannya dengan akhbar itu.
Demikian jika benar, Utusan Malaysia telah mengambil sikap yang amat buruk melayani kritikan membina demi untuk kepentingan kakitangan dan masa depan akhbar itu yang dilihati semakin merudum di segi jualan dan imejnya.
Sabarlah Hata. Kebenaran kadang-kala perlu dibayar dengan harga yang amat pahit, tetapi mulia perjuangan menegakkan kebenaran adalah sifat tidak patuh pada kebatilan dan menjulang iklas serta kejujuran. Syabas Hata!
Percayalah Hata, sebelum anda dipecat, mungkin ada editor kanan majikan saudara akan dipecat!

GAMBAR MALAYSIA MERDEKA: KANAK-KANAK SEKOLAH JALAN KAKI DALAM HUTAN SEJAUH 8 KILOMETER!
INILAH harga laungan pembelaan rakyat yang bergema sampai ke langit tujuh yang dilaung-laungkan pemimpin, barangkali! Kanak-kanak di Kampung Bongkud, Menggatal, Kota Kinabalu ini terpaksa berjalan 8 kilometer meredah hutan dan menyeberang 3 sungai dalam tempoh dua (2) jam untuk sampai ke sekolah. Ya Allah!-pix: datu ruslansulai/nst
IRAN TEMBAK JATUH DUA PESAWAT TANPA JURUTERBANG AMERIKA
TENTERA Udara, Pengawal Revolusi Islam, Iran mengumumkan berjaya menembak jatuh dua pesawat tanpa juruterbang selepas dikatakan menceroboh ruang udara negara itu.
Ketua Tentera Udara Iran, Jeneral Amir Ali Hajizadeh, mengumumkan kedua-duanya ditembak jatuh ketika berada dalam kawasan kedaulatan Iran.
![]() |
| Jeneral Hajizadeh...umumkan kejayaan tembak dua pesawat tanpa juruterbang Amerika yang menceroboh-pix:Tehran Times |
BURUAN BUAYA DI SUNGAI SAMARAHAN DITERUSKAN WALAUPUN 3 EKOR TELAH DITANGKAP DAN DILAPAH PERUTNYA
PENDUDUK kampung di tebing Sungai Samarahan, tetap meneruskan usaha menjejak seekor buaya yang telah membaham imam kampung, Sidi Samad, 66, dalam tragedi berlaku pagi 18 Disember lalu.
Pemburuan itu diteruskan selepas 3 buaya yang ditangkap dan dilapah perutnya setakatnya ini terbukti bukan buaya sebesar perahu yang didakwa dilihat penduduk membaham Sidi ketika menjala udang di belakang rumahnya.
Bagaimanapun Pengerusi Malaysian Nature society (MNS) Prof Madya Maketab Mohamed, berkata membunuh buaya bukan cara terbaik walaupun kehadirannya telah menyebabkan keselamatan dan kehidupan manusia terancam.
Maketab berkata demikian sebagai tidak bersetuju tindakan penduduk kampung meneruskan pemburuan ke atas buaya yang membaham Sidi itu. Mereka mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk mencari buaya yang dikatakan masih bebas di Sungai Samarahan itu.
Namun hakikatnya ialah dalam mencari kebenaran sudah tentu ada yang terkorban. Jika kita sayangkan buaya lebih daripada manusia, bermakna kita biarkan manusia sentiasa hidup dalam gelisah sedangkan mereka yang gelisah itu adalah kalangan nelayan yang mencari rezeki yang turut dihuni buaya mengganas!
SELAMAT BERTUGAS MOHAMAED KHUSRIN MUNAWI
Rakyat Selangor khususnya penduduk Kampung Jalan Kebun, Klang tempat kelahiran Datuk Mohamed Khusrin Munawi mengucapkan selamat bertugas kepada beliau smepena dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, berkuatkuasa hari ini.
Permintaan rakyat adalah, jadilah seorang pemimpin beramanah yang jujur, adil dan tidak berpihak dalam menjalankan tugas. Ingatlah bahawa hanya kejujuran yang tidak berpihak ketika menjalankan tugas akan membuat seseorang itu dihormati dan dihargai masyarakat dan Allah.
![]() |
| pix;TMI |
IBU DUA WARTAWAN HARIAN METRO MENINGGAL DUNIA
IBU kepada dua wartawan adik beradik Harian Metro, Hadzlan Hassan, 33, dan Hadzlihady, 30, meninggal dunia akibat serangan jantung dan kencing manis di Pusat Perubatan Putra (PMC), Alor Setar jam 11 malam kelmarin.
Hadzlan berkata, ibunya, Zainul Morad, 56, tidak mengalami sebarang penyakit malah berada dalam keadaan sihat sebelum memberitahu bapa mereka, Hassan Che salleh, 60, dia sakit badan dan kurang sihat.
"Pada mulanya kami bercadang memindahkan ibu ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), namun ibu terlebih dulu pergi menyahut seruan Ilahi," katanya semalam.
Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam pendang pada jam 12.30 tengah hari semalam.
Kepada Hadzlan dan Hdzlihadi, semoga bersabar menerima dugaan. Semoga Allah menempatkan roh allahyarham di sisi roh mereka yang beriman. Mudah-mudahan.

PENGAKUAN PEMAIN TENGAH, AMAR ROZIDAN: SAYA DISEPAK PENYOKONG INDON!
WALAUPUN Malaysia telah dinobatkan sebagai juara piala Suzuki AFF selepas mengalahkan Indonesia, baru-baru ini, namun ada cerita tidak enak didedahkan pemain tengah pasukan negara, Amar Rozidan berhubung perangai buruk penyokong negara jiran itu.
Amar memberitahu Harian Metro, dia tidak menyangka penyokong Indonesia sanggup menyepak pahanya dan mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling objek seperti pemetik api ke arah dia dan kawan-kawannya ketika memasuki hotel penginapan pada malam selepas memenangi perlawanan itu.
"Secara tiba-tiba salah seorang penyokong berkenaan menyepak paha saya dan saya tidak bolehh berbuat apa-apa kerana keadaan ketika itu agak tegang manakala pasukan keselamatan mengarahkan kami segera memasuki bilik hotel bagi mengelak perkara lebih buruk," katanya.
Amar mendedahkan buruk kelaku penyokong Indonesia itu ketika ditemui di rumahnya di Taman Emas, Bukit Keteri, Kangar selepas satu majlis kenduri kesyukuran yang dianjurkan penduduk tempatan, kelmarin.
Amar menyifakan kejadian itu sebagai satu pengalaman menarik yang tidak akan dilupakannya sepanjang 15 kali beraksi bersama pasukan Harimau Malay di peringkat antarabangsa.

PENUMPANG WANITA: AWAS BANGLA ' THE RABA MAN ' DALAM TREN
SEORANG lelaki warga Bangladesh berjaya melarikan diri selepas tangannya sempat menjalar meraba punggung seorang staf sebuah bank komersil ketika berada di dalam tren di KL Sentral jam 6.30 Rabu lalu.
'The Raba Man' itu adalah antara umat yang bersesak dalam tren bersama mangsa yang dikenali sebagai Yani, 25, yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam.
Menurut Yani, keadaan tren yang sesak membuatkan dia tidak terfikir tentang kelakukan bangla yang sedang menghimpitnya dalam keadaan penumpang penuh sesak itu. Namun selepas perbuatan itu berulang, dia sempat menampar tangan lelaki berkenaan.
Peliknya The Raba Man itu berlagak seperti tidak ada apa-apa apabila kemudian mencari mangsa lain tidak jauh dari Yani. Melihat keadaan itu, Yani merakamkan gambar suspek. Geram melihat tingkah lakunya, Yani menampar sekali lagi tangan bangla itu ketika dia sedang meraba punggung penumpang wanita lain.
Akibatnya wanita itu terkejut dan menyangka Yani yang meraba tubuhnya. Bagaimanapun, selepas diterangkan, barulah dia faham tetapi sebaik sahaja perbuatan itu mula terbongkar The Raba Man terus melarikan diri sebaik sahaja tiba di hentian Seri Setia.

TERIMA KASIH MISBUN! TINGGALKAN SAJA BAM YANG SEMAKIN CERDIK DAN BIJAKSANA
SAH. Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatannya dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jurulatih perseorangan negara.
SAH JUGA. Datuk Lee Chong Wei simpati dengan Misbun yang telah banyak berkorban menjadikannya sebagai juara.
Kata Chong Wei, sifat dan kelaku seorang pegawai BAM yang hanyalah tin kosong menjadi antara punca Misbun meletakkan jawatan.
Apakah dalam BAM akan ada tikus yang mahu membaiki labu atau menjadi seekor kucing yang mahu mengajar itik berenang!
Lihatlah! Lihatlah cantiknya badminton negara selepas ini. Percayalah.

KHAIRY JAMALUDIN TIDAK MAHU BERTANDING LAGI: MAHU KELUAR POLITIK, SELEPAS PRU
KHAIRY lebih faham dan reti kenapa dia membuat keputusan untuk tidak bertanding lagi sebagai wakil rakyat selepas ini. Dalam laman Twitternya, Khairy telah memberitahu dia tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Rembau dan mahu bersara dari politik selepas PRU ke 13.
Memang ini langkah terbaik dan inilah caranya untuk Khairy mendapat lebih hormat dari kawan-kawan, anak Negeri Sembilan. Bersara saja dari politik. Politik yang dia ceburi bukan sahaja tidak menguntungkan dia malah amat merugikan orang Melayu.
Kalau Khairy masih ada hati untuk tolong orang Melayu, jangan gunakan saluran Umno. Percayalah, kalau Khairy masih gunakan saluran itu, macam inilah selamanya. Khairy akan dapat bantu Melayu lebih dengan keluar dari politik Umno.
Tak perlulah Khairy berpatah balik dengan keputusan yang dibuat. Sebaiknya, kalau tidak mahu mendengar nasihat ini, buatlah istiqhorah. InsyaAllah, akan ditunjukkan jalan mana yang boleh Khairy gunakan untuk berkhidmat demi anak bangsa.
Ya Khairy, sebagai anak Negeri Sembilan, jadilah anak yang sebenar untuk orang Melayu. Umno bukan tempat yang sesuai untuk Khairy, percaya dan dengarlah!

WAJARKAH KUARI DI KAKI BANJARAN GUNUNG LEDANG?
KITA ketepikan dulu soal sama ada ia berlesen atau tidak, atau bagaimana lesen boleh diberikan bagi menjalankan kerja memecah batu di satu kawasan di kaki banjaran gunung Ledang!
Soalan paling penting yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor ialah wajarkah sebuah kuari beroperasi di kaki gunung yang menghijau dan terletak pula hanya beberapa ratus meter dari jalan menuju ke pekan Jementah.
Tinjauan dilakukan mendapati tidak kelihatan papan tanda yang jelas mengenai kuari berkenaan (atau tersorok letaknya). Sementara bonggolan batu besar dilihat dengan jelas dari jalan raya dalam keadaan yang boleh disifatkan amat berbahaya.
Apakah kerja 'merosakkan' kaki banjaran gunung ini sesuatu yang telah difikirkan semasak-masaknya oleh kerajaan negeri atau adakah ia dilakukan tanpa pengetahuan? Bagaimanapun, jika 'ditakdirkan' ia dilakukan tanpa sedar, ia adalah sesuatu yang mendukacitakan kerana kuari berkenaan terletak hanya di tepi jalan yang amat sibuk.
Seorang pekedai runcit di pekan Jementah ketika ditanyakan kewujudan kuari itu berkata, ia sememangnya beroperasi secara lesen, tetapi kedudukan kuari itu yang terletak di tepi jalan sering mencetuskan tanda tanya orang ramai.
Seorang lagi penduduk berdekatan, pula hanya menggeleng-gelengkan kepala apabila ditanya mengenai kuari itu. Katanya, mungkin ia berlesen tetapi menjejaskan alam sekitar, terutama kerana ia terletak hanya beberapa kilometer dari dua pintu masuk utama ke gunung berkenaan.
Usaha menemui pekerja atau pengurusan kuari itu gagal kerana tiada sesiapa dilihat berada di sebuah premis buruk dipercayai dijadikan mini pejabat operasi syarikat kuari itu, semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT
MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10