SEORANG kanak-kanak lelaki 9 tahun tidak menyangka ajakan seorang jirannya yang berusia 30 tahun untuk pergi ke sebuah gereja kelmarin, berakhir dengan kejadian dia diliwat oleh lelaki itu di dalam sebuah gereja di Rumah Tuah, Sungai Menyan, Sarawak.
Ekoran kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan lelaki terbabit kini ditahan untuk siasatan.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain di luar rumah panjang bersama beberapa rakannya apabila seorang lelaki yang dikenalinya tiba-tiba mengajaknya untuk pergi ke sebuah gereja yang terletak berdekatan.
Bagaimanapun, sebaik tiba di gereja itu, lelaki terbabit didakwa telah memaksa mangsa untuk menanggalkan pakaiannya sebelum bertindakn dengan rakus meliwatnya.
Kanak-kanak itu kemudian berlari ke rumah memberitahu ibunya mengenai kejadian dan memaklumkan dia berasa amat sakit di bahagian belakangnya. Ibunya yang memeriksa keadaan mangsa kemudian membuat laporan polis.
Ini apa jenis manusia ni....dalam gereja pun ditalanya budak tu!
nuffnang ads
Monday, January 3, 2011
TV3 DIHUJANI PANGGILAN EKORAN DAKWAAN KARAM SINGH WALIA HINA MELAYU DALAM KEADAAN MABUK
PEJABAT Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dihujani panggilan telefon sejak beberapa hari lalu daripada orang ramai ekoran tersebar tindakan wartawannya, Karam Singh Walia menghina orang Melayu menerusi video YouTube.
Pelbagai lapisan masyarakat sebahagiannya inginkan penjelasan, manakala selebihnya mengulas sama ada mengecam atau sebaliknya di atas tindakan apa yang dikatakan luahan Karam Singh terhadap orang Melayu ketika dia dipercayai mabuk ketika berada di sebuah restoran di Klang.
Keadaan itu dikatakan menyebabkan pengurusan TV3 sedikit kurang selesa dan setakat ini wartawan berkenaan dipercayai telah menjelaskan isu itu kepada pihak atasan syarikat televisyen berkenaan.
Seorang pegawai kanan TV3 berkata, hal berkenaan amat sensitif dan pihaknya percaya Karam yang mengakui mengeluarkan perkataan itu ketika insiden itu berlaku memohon maaf kerana mendakwa ia sesuatu yang menimbulkan kemarahan kaum tertentu.
Bagaimanapun, pengurusan TV3 dipercayai sedang 'memikirkan' sesuatu walaupun kejadian itu berlaku di luar kawalan dan waktu kerja serta lebih menjurus kepada hal peribadi wartawan berkenaan.
Orang ramai juga menghubungi pejabat TV3 di beberapa cawangannya, turut meluahkan kesal kerana perkataan yang dikeluarkan Karam antaranya konon orang Melayu bukan berasal dari Malaysia dan Indonesia, amat mengguris hati.
Bagaimanapun, Karam yang dikepung oleh sekumpulan lelaki Melayu yang tersinggung dengan insiden itu dilihat dan didengar membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Melayu dan mengakui dia kesal kerana perkataan yang dikeluarkan ketika kejadian amat keterlaluan dan tidak wajar.
Menerusi video yang tersebar di laman YouYube, memaparkan suasana tegang di dalam sebuah restoran di mana Karam dikelilingi lelaki Melayu yang marah dan hampir tercetus kejadian tidak diingini apabila pada satu peringkat Karam yang dilihat seperti 'mabuk' meninggikan suara.
Pelbagai lapisan masyarakat sebahagiannya inginkan penjelasan, manakala selebihnya mengulas sama ada mengecam atau sebaliknya di atas tindakan apa yang dikatakan luahan Karam Singh terhadap orang Melayu ketika dia dipercayai mabuk ketika berada di sebuah restoran di Klang.
Keadaan itu dikatakan menyebabkan pengurusan TV3 sedikit kurang selesa dan setakat ini wartawan berkenaan dipercayai telah menjelaskan isu itu kepada pihak atasan syarikat televisyen berkenaan.
![]() |
| Tegang....video Karam Singh didakwa menghina orang Melayu, tersebar di YouTube |
Bagaimanapun, pengurusan TV3 dipercayai sedang 'memikirkan' sesuatu walaupun kejadian itu berlaku di luar kawalan dan waktu kerja serta lebih menjurus kepada hal peribadi wartawan berkenaan.
Orang ramai juga menghubungi pejabat TV3 di beberapa cawangannya, turut meluahkan kesal kerana perkataan yang dikeluarkan Karam antaranya konon orang Melayu bukan berasal dari Malaysia dan Indonesia, amat mengguris hati.
Bagaimanapun, Karam yang dikepung oleh sekumpulan lelaki Melayu yang tersinggung dengan insiden itu dilihat dan didengar membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Melayu dan mengakui dia kesal kerana perkataan yang dikeluarkan ketika kejadian amat keterlaluan dan tidak wajar.
Menerusi video yang tersebar di laman YouYube, memaparkan suasana tegang di dalam sebuah restoran di mana Karam dikelilingi lelaki Melayu yang marah dan hampir tercetus kejadian tidak diingini apabila pada satu peringkat Karam yang dilihat seperti 'mabuk' meninggikan suara.
LEMBAPNYA URUSAN PENDAFTARAN UiTM: URUSAN KAD PINTAR YANG TIDAK PINTAR
KADANG-KALA pengajaran paling baik untuk memperbaiki keadaan adalah dengan mencubit. Apatah lagi bagi sebuah institusi pengajian tinggi yang telah tua dengan pengalaman seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM).
UiTM membuka pelbagai jenis kaunter untuk pendaftaran. Misalnya, ada kaunter fail, semak fail, pulangkan fail, keselamatan, perpustakaan, bendahari dan kaunter untuk cetakan surat tawaran.
Sekali pandang urusan ini tiada apa-apa salahnya, tetapi mengenang selepas berpuluh tahun ia diwujudkan, tentulah bagi yang pernah menempuh zaman kehidupan sebagai pelajar di universiti itu dulu-dulu akan tertawa dan bosan.
Sebagai contoh, kenapa bersusah payah membuka kaunter cetakan surat tawaran, walaupun ia dikatakan untuk membantu calon yang tidak membawa salinan surat tawaran. Ini kerana semua perkara berkaitan latar belakang calon yang ditawarkan kursus tertentu, telah sedia ada di dalam sistem maklumat berkomputer UiTM.
Ini hanya membuang masa pelajar dan ibu bapa, manakala pejabat untuk membuat kad pintar belajar pula bergerak melaksanakan tugasnya seperti seekor siput. Berbarislah pelajar di tengah panas terik menunggu seorang demi seorang pelajar disiapkan kad matriks berkenaan.
Kita faham, hal yang sama juga berlaku berpuluh tahun lalu dalam keadaan yang serupa dan sama. Pendaftaran memang memakan masa dan meresahkan semua pelajar.
Tidakkah baik sekiranya UiTM hari ini mencari jalan singkat dan menjimatkan masa, apatah lagi dengan bantuan dan sokongan komputer dan internet serta pangkalan data yang amat bersistematik. Kenapakah soal kertas masih menjadi perkara utama sedangkan kita hidup di dalam dunia paperless atau dunia tanpa kertas!
Sebagai bekas pelajar ITM dan bekas kakitangannya, saya berasa amat percaya UiTM mampu melakukan sesuatu terhadap masalah pendaftaran yang begitu siput sifatnya hari ini bagi memberi keselesaan dan menampilkan imej canggih universiti itu pada pandangan sanak-saudara pelajar yang memerhatikan penuh hairan dan pelik terhadap sistem yang diamalkan hari ini.

Sunday, January 2, 2011
8 SEKOLAH KELANTAN YANG DITUTUP SESI PERSEKOLAHAN ESOK KERANA BANJIR
BERIKUT adalah senarai 8 sekolah yang disahkan tidak boleh meneruskan sesi persekolahan esok (Isnin) akibat banjir.
RANTAU PANJANG
SMK Rantau Panjang
SK Rantau Panjang
SK Sri Rantau Panjang 1
SRJK Kay Boon
SK Lubuk Setol
SK Simpangan
GUA MUSANG
SK Bihai - Sekolah untuk anak Orang Asli
RANTAU PANJANG
SMK Rantau Panjang
SK Rantau Panjang
SK Sri Rantau Panjang 1
SRJK Kay Boon
SK Lubuk Setol
TUMPAT
SK Bendang Pak YongSK Simpangan
GUA MUSANG
SK Bihai - Sekolah untuk anak Orang Asli
KES KARAM SINGH DIMINTA BUAT PENGAKUAN BERSALAH DAN MOHON MAAF KEPADA ORANG MELAYU
PERTAMA sekali, memang ada blog menulis tentang kejadian Karam Singh Walia diminta oleh anak-anak Melayu memohon maaf kerana telah mengeluarkan kata-kata antaranya bermaksud orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia.
Ya, kita juga faham ada banyak video mengenai insiden itu dipaparkan menerusi YouTube dan ada blog memberi ulasan mengenai kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Andalas, Klang itu. Kita menghormati pandangan pemilik blog kerana masing-masing mempunyai rasional di sebalik insiden yang berlaku.
Namun saya tidak mahu mengulas atau menambah apa yang diulas oleh sesetengah blog, sebaliknya saya ingin mencatat bahawa arak itu memang memabukkan dan boleh mencetuskan pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini.
Perkara kedua, soal di dalam hati atau fikiran yang disimpan, satu hari atau lambat laun akan terkeluar juga jika kita mengucapkannya ketika di dalam keadaan luar sedar.
Insiden yang menimpa Karam Singh Walia itu memberi banyak pengajaran sebenarnya kepada kita. Terutama membabitkan perkara sensitif yang boleh melukai perasaan kaum tertentu.
Kita berharap, biarlah ia kali terakhir berlaku dan semua pihak wajar menjadikan insiden ini sebagai satu teladan dan pengajaran amat berguna. Berguna amat-amat bahawa soal perkauman, soal agama dan soal membabitkan bangsa jangan disentuh sesuka hati kerana ia adalah pencetus kepada perkara-perkara yang di luar duga.

GAMBAR CIK OH DAN CIK ENDUT CARI PUTERI GUNUNG LEDANG
MEREKA mencari di mana Puteri Gunung Ledang tinggal. Seharian memburu, tapi masih gagal dan mereka bawa penat, letih dan keseronokan. Kembara Johor baru bermula. Tentang kemiskinan, tentang kuari dan tentang isi padu kemiskinan rakyatnya!
GAMBAR 200 PELAJAR DIBERI KHIDMAT GUNTING RAMBUT PERCUMA
![]() |
| Khidmat gunting rambut percuma di sekitar Lembah Subang sempena esok memulakan persekolahan-affendyrashid/nst |
DUA MAYAT DITEMUI, DI DUA TEMPAT BERASINGAN
DI BUKIT MERTAJAM, mayat seorang wanita dipercayai keturunan Cina ditemui di dalam sebuah belukar, berdekatan estet kelapa sawit, di Berapit pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zahruddin Abdullah, berkata mayat ditemui jam 10.30 pagi itu telah reput.
Mereka mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi ASP S Subramaniam menerusi talian 019-6351119.
Sementara di BACHOK, Kelantan pula, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam timbunan sampah di tempat pembuangan sampah di Beris Lalang, semalam.
Ketua Polis Daerah, DSP Yahya Salleh, berkata mayat ditemui bersama sampah yang dibuang oleh sebuah lori milik Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Sehubungan itu, katanya satu siasatan sedang dijalankan kemungkinan suspek yang membuang bayi itu berasal dari luar Bachok.

DARI DALAM DIRI: KENAPA ORANG MELAYU MENYAMPAH DENGAN UMNO!
Hal paling utama adalah kerana orang Melayu telah letih, bosan dan muak menunggu untuk berjaya dalam bidang ekonomi di tanah airnya sendiri. Di segi ekonomi, orang Melayu secara realiti bukan sahaja terpinggir tetapi merempat berbanding kaum lain.
Rasional kenapa orang Melayu bosan, muak dan jelak? Mereka kini cenderung melihat negara lain, khususnya Singapura yang ditadbir oleh kaum Cina yang telah berjaya bangkit dan duduk lebih tinggi dari Malaysia dalam tempoh yang singkat. Singapura dilihat bukan sekadar berjaya tetapi amat berjaya apabila ditadbir oleh orang Cina. Sayangnya perkara ini tidak berlaku di negara kita. Melayu pemimpin majoriti, tetapi Melayu rakyat yang majoriti, tercicir.
Perbezaan kejayaan dan kecemerlangan kaum Cina mentadbir Singapura berbanding pemimpin Umno/Melayu memimpin Malaysia boleh diibaratkan kura-kura dengan arnab.
Pelik, lucu dan anehnya dalam hal ini, pemimpin Umno masih boleh mendabik dada mengaku dengan slogan retorik bahawa mereka juga telah berjaya. Akhirnya darjah meluat rakyat semakin meningkat dan mereka menyifatkan semua itu sebagai satu bentuk satira purbakala yang telah tidak lagi mampu menjadi lelucon.
Pemimpin Umno kurang sedar, rakyat khususnya orang Melayu di Malaysia bukan semua mata dan hatinya berada dalam keadaan buta. Mereka semakin melihat perubahan persekitaran semasa yang sedang berlaku yang menimpa dan menghimpit kaum Melayu dengan perasaan sedih. Semuanya ini mereka lihat dengan mata kasar dan mata hati.
Bukan kiasan atau sindiran, tetapi satu realiti, di Singapura pemimpin keturunan Cina telah berjaya melepasi ujian kepemimpian dan mentadbir negara sehingga secara cekap dan adil telah meletakkan keturunan mereka menguasai segala hal di negara itu. Namun ingat, kaum Melayu tidaklah pula terlalu tertinggal berbanding kaum Melayu di Malaysia yang teras kepemimpinannya dikendalikan sendiri oleh mereka yang berbangsa Melayu!
Beranikah pemimpin Umno hari ini menafikan betapa cekap dan cemerlangnya pemimpin negara jiran itu mentadbir negara mereka? Di sana Cina diutamakan tetapi Melayu dan bangsa lain tidak dibiarkan tertinggal jauh!
Soal nisbah kejayaan kaum Melayu di negara ini yang teramat kecil berbanding kejayaan rakyat dari kaum lain mesti diberi perhatian paling tegas dan bersungguh-sungguh.
Ini kerana bertolak dari premis inilah sejak kebelakangan ini, kenapa orang Melayu semakin jelak dan menolak! Perbezaan pada tahap penguasaan ekonomi Melayu berbanding kaum lain ini pula janganlah sewenang-wenangnya diletakkan salahnya pada rakyat kerana rakyat yang memilih mereka untuk jadi pemimpin. Maka pemimpinlah yang kena bertanggungajwab merangka pelan perancangan dan memastikan keberhasilan perancangan itu agar lanskap ekonomi dan sosial berbilang bangsa tidak terlalu ketara bezanya.
Rakyat Melayu tidak akan bersuara jika nisbah perbezaan penguasaan ekonomi di negara ini tidak terlalu besar, tetapi realitinya hari ini lihatlah. Orang Melayu sekadar menguasai 6 peratus ekonomi sahaja sedangkan puluhan peratus lain dikuasai oleh kaum lain.
Sebenarnya orang Melayu juga tidak marahkan bangsa lain yang berjaya, tetapi mereka marahkan pemimpin Melayu kerana gagal menunjukkan prestasi kepemimpinan yang giat, aktif dan cemerlang. Mahu dikelaskan sebagai apa kalau pemimpin Melayu selepas 53 tahun hanya mampu memastikan Melayu hanya memiliki sekitar 6 peratus ekuiti berbanding mimpi dan angan-angan DEB yang mereka rangka puluhan tahun dulu yang menjanjikan penguasaan 30 peratus ekuiti ekonomi untuk orang Melayu.
Diulangi. Hal ini adalah teras kemarahan orang Melayu dan titik tolak penolakan orang Melayu terhadap pemimpin Umno/Melayu masa kini. Pemimpin Umno tidak perlu melakukan kajian ilmiah untuk mencari kepastian atau sahih betulnya isu ini. Tidak perlu. Pemimpin Melayu boleh melihat sendiri angka dan statistik serta kedudukan fizikal orang Melayu dan bangsa asing dalam semua perkara di negara ini.
Banyak sebenarnya yang telah melukakan hati orang Melayu di negara ini. Orang Melayu, misalnya telah muak dengan konsep pengswastaan yang lebih banyak kelihatan gagal dari berjaya. Lihatlah pengswastaan air di Selangor misalnya yang kini mencetuskan konflik dan kontroversi. Tidak perlu kita buka buku kotor sejarah pengswastaan beberapa entiti perniagaan yang lain yang diperkenalkan oleh pemimpin negara kendalian Umno selama ini. Orang Melayu sejak akhir-akhir ini sering sahaja berkata di dalam hati mereka, siapakah yang untung dalam semua drama perancangan ekonomi itu.
Orang Melayu hari ini juga tidak mahu mendengar lagi perkataan AKAN atau SEDANG setiap kali mereka bersuara untuk memperbaiki kedudukan tahap dan taraf ekonomi serta sosial mereka di negara ini. Orang Melayu tidak lagi berfikiran seperti dulu, banyak ikut dan angguk. Dulu memang benar orang Melayu hakikatnya tunduk dan patuh kerana hormat demi mahu memberi peluang kepada pemimpin bangsa mereka menunjukkan bukti! Namun selepas berpuluh tahun merdeka, kalau beginilah struktur akhirnya, usahkan Melayu, semua bangsa di dunia ini juga akan meluahkan protes dan berontak mereka.
Orang Melayu mahu apa yang dikatakan hari ini, terbukti esok. Bukan lusa atau 53 tahun lagi hasilnya. Inilah di antara perkara yang pemimpin Umno nampak tetapi mereka tidak berbuat apa-apa. Kalau berbuat apa-apa pun hanyala sekadar untuk menjadi popular atas kebimbangan hilang undi dan sokongan rakyat.
Syukur juga penentangan orang Melayu terhadap pemimpin Melayu kebelakangan ini semakin meningkat. Ini kerana jika tiada trend menolak ini berlaku, sampai bila-bila pemimpin Melayu tetap layu matanya, enggan melihat secara luas apa yang tersirat dalam nubari bangsanya sendiri.

Saturday, January 1, 2011
GAMBAR BANJIR TERKINI RANTAU PANJANG
HIDUP mesti diteruskan. Walaupun berdepan banjir yang semakin meningkat, peniaga kecil-kecilan tetap menjalankan tugas menggoreng pisang. Ini adalah keadaan di Rantau Panjang, Kelantan ekoran air sungai yang mula melimpah dan hujan turun tanpa berhenti.-nst
PUAN SRI RAYU SAYA: TOLONGLAH, MARUAH TAN SRI DAH MACAM BAWAH KASUT DAH!!
MANA mungkin boleh dilupakan! Seorang Puan Sri, isteri kepada seorang Tan Sri pernah merayu berkali-kali kepada saya.
Katanya, tolonglah pergi dari kediamannya. Tan Sri tak akan keluar dari rumahnya selagi saya tetap menunggu di pintu pagar banglo besarnya itu.
Saya kata: "Ini tugas saya Puan Sri! Selagi Tan Sri tak keluar dan tak mahu jumpa, selagi itulah saya dan kawan saya tidak akan pulang ke pejabat!"
Entahlah! Keras betul hati saya tetap mahu memastikan suami Puan Sri itu keluar. Saya dan seorang lagi kawan yang memang sedang menunggu, memang menanti apa yang akan dijawabnya apabila kami bertanyakan soalan. Sudah pasti soalan kami tentang rasuah, penyelewengan dan masa depan Tan Sri itu.
Sudahnya sehingga ke Maghrib (lebih dua jam menunggu) Puan Sri keluar lagi menemui saya dan kawan saya. Ulang Puan Sri itu lagi, tolonglah! Tolonglah! Saya merayu balik sajalah. Suami saya tak akan keluar. Dia dah cukup malu, dah cukup dimalukan!
Kali ini Puan Sri datang menemui kami di luar pintu pagar banglonya. Dia bawakan sekali buah tangan, satu talam berisi tamar, air zam-zam dan beberapa hidangan lain kesemuanya dari Mekah!
"Tolonglah dik! Tan Sri pesan dia tak akan jumpa adik. Maruah dia dah cukup tercalar, macam bawah tapak kasut!"
Saya dan kawan saling memberi penjelasan: "Tak boleh Puan Sri.... Dapat jumpa dia sekejap pun tak apa. Saya mahu dengar betulkah dia akan letak jawatan dan betulkah semua benda-benda fasal penyelewengan itu memang dia tahu"
Puan Sri jawab: "Saya tak tahu nak jawab apa. Tapi Tan Sri dah pesan dia tak akan keluar dari rumah selagi adik-adik ada kat pintu pagar ni"
"Tapi ini tugas saya Puan Sri. Bos pesan, selagi tak dapat apa yang Tan Sri cakap, tak boleh balik pejabat. Nampaknya kami kena tunggu sampai dapat" apakah kami telah hilang kemanusiaan?
Ketika Maghrib telah separuh jalan, akhirnya satu pesanan menerusi alat kelui diterima. 'Baliklah...baliklah...Tan Sri telefon merayu!" Rupanya mesej dari bos di pejabat. Baru kami tahu, Tan Sri rupanya menghubungi bos di pejabat merayu dan merayu meminta kami pulang dan meninggalkan kediamannya kerana dia mahu keluar!
Demikianlah antara cerita tentang penyelewengan, kegigihan, maruah, harga diri, kemanusiaan, keadilan dan keterpaksaan yang terpaksa dipikul dalam diri kami bernama manusia juga!
Tan Sri itu akhirnya meletakkan jawatan dari mengetuai sebuah pentadbiran kerajaan! Maafkan saya Puan Sri. kalau Puan Sri berada pada kedudukan saya, apakah yang akan Puan Sri lakukan?

TERKINI: GAMBAR PENDUDUK POTONG PERUT BUAYA DI KUCHING CARI TUBUH MANGSA
PENDUDUK di Kuching malam tadi melapah perut seekor buaya yang ditangkap di Asajaya untuk mengesan bahagian tubuh mangsa yang dibaham buaya dua minggu lalu-mdradzibujang/nst
TERKINI BANJIR KELANTAN/TERENGGANU: JUMLAH DIPINDAH KIAN MENINGKAT
PARAS air di Sungai Golok dilaporkan telah melepasi paras bahaya 9 meter apabila petang ini bacaannya meningkat kepada 10.2 meter, sekoran hujan turun tanpa henti sejak kelmarin.
Kini di Rantau Panjang, seramai 280 orang telah dipindahkan setakat jam 2 petang tadi. Kawasan paling teruk terjejas ialah di Kampung Rantau Panjang Lama.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir IPK Kelantan, memberitahu air Sungai Golok dijangka terus melimpah dan angka mangsa pemindahan juga dijangka meningka.
Di Terengganu, angka pemindahan mangsa banjir naik kepada 69 orang petang ini berbanding 53 pagi tadi. Kampung teruk terjejas ialah Kampung Cacar, di Paka. Semua mangsa dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Cacar.

22 PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA AKAN TERIMA RM200,000
SEBAHAGIAN daripada imbuhan sebagai menghargai jasa dan perjuangan 22 pemain bola sepak negara menjuarai piala Suzuki AFF bernilai kira-kira RM200,00 akan diserahkan bila-bila masa sahaja.
Sumbangan itu datangnya daripada Kementerian Belia dan Sukan bernilai RM5,000 setiap seorang dan RM90,000 daripada dana dikumpul Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) hasil sumbangan beberapa syarikat.
Bagaimanapun, difahamkan, jumlah yang bakal diterima pemain pasti meningkat apabila banyak pihak akan berterusan memberi sumbangan sebagai menghargai kejayaan mereka meletakkan nama Malaysia sebagai salah sebuah negara pemenang pertandingan itu.
Tahniah. Anggaplah semua sumbangan sebagai rezeki dan bukan syarat untuk berjuang pada masa depan. InsyaAllah akan datang lagi selepas ini.

PELANTIKAN MOHD KHUSRIN SEBAGAI SUK PASTI BERLARUTAN KE MAHKAMAH
TIDAK pastilah kalau ada SUK sebelum ini mengangkat sumpah di depan Sultan negeri untuk memulakan tugasnya, kecuali difahamkan tidak ada. Semua SUK sebelum ini mengangkat sumpah menyimpan rahsia di depan Menteri Besar.
Menteri Besar adalah pemimpin pentadbiran negeri nombor satu dan SUK pula pemimpin nombor dua yang akan melaporkan diri kepada menteri besar.
Bagaimanapun, banyak pihak melihat ada peliknya apabila Mohd Khusrin, anak jati Jalan Kebun akan mengangkat sumpah di depan sultan. Tidak tahulah pula keadaan dan kelaziman sudah berubah. Sudah tukarkah?
Dan semua ini akhirnya tentu akan menjadi satu lagi kontroversi pentadbiran yang diterajui kerajaan Pakatan di Selangor kerana wujudnya satu kelainan yang pelik dan aneh.
Ingat! Rakyat melihat dan menimbang!

PELAKON FAIZAL YUFOF MENINGGAL DUNIA PAGI TADI
![]() |
| Faizal meninggal akibat diserang penyakit jantung pagi tadi |
PELAKON, Faizal Yusof yang juga bekas suami pelakon Siti Nordiana, meninggal dunia pagi tadi di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Siti Nordiana yang berada bersama isteri Faizal dilaporkan pengsan ketika melihat keadaan allahyarham ketika nazak. Dia bersama isteri Faizal kemudian membawa allahyarham ke Hospital Pusrawi tetapi meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Jenazah allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Sentul sebentar tadi.
MARILAH KITA BANTU SELAMATKAN SABAHKINI.NET
ATAS nama perjuangan, sumbangan kita walaupun hanya RM1 amat berharga dan bernilai bagi mengukuhkan semula kekuatan sahabat kita di SABAHKINI.NET.
Bersamalah kita membantu di saat susah, demi menegakkan perjuangan. Sekilogram getah beku yang kita toreh hari ini atau sekilogram ikan gelama yang kita tebar seharian atau 10 gelas sirap yang kita jual di tepi jalan mungkin mampu kita ketepikan bagi merealisasikan niat murni menyelamatkan wadah pejuang kebenaran untuk rakyat jelata itu.
Belum tentu kita boleh meminta daripada mereka yang telah kaya atau yang telah mewah selepas negara tercinta merdeka. Biarlah kita dari golongan bawah yang memulakannya.
Bersamalah, walaupun kita sesusah mana, kesusahan itu akan lebih manis maknanya jika dengan bantuan sedikit yang kita hulurkan dapat menyelamatkan intan daripada hilang dari dalam genggaman.
Perjuangan menegakkan kebenaran demikian susahnya, namun kita mesti percaya pada konsep kebenaran bagai intan yang tetap bersinar. Ayuh, gerakkan hati atas nama perjuangan, bantulah sahabat kita di SABAHKINI.NET.
Biar putih tulang jangan putih mata. Lawan tetap lawan, bantulah sesama kita di kala kesusahan. Layari Sabahkini.Net untuk mendapatkan nombor akaun sumbangan.

BANYAK JUGA SUSU GETAH HARI INI
NYAMUK gajah, entah berapa platun berdengung menyerang kulit tangan dan muka tak bertutup. Setiap kali tekun membongkok mengajar pohon getah yang berbaris setia ini, setiap kali itulah dengung nyamuk gajah menerjah bisingnya ke cuping telinga.
Nampaknya alir susu getah dari sungai di kulit pokoknya, sedikit laju hari ini. Tanpa gangguan cuaca hujan, pasti susu getah akan dapat dikumpulkan lebih banyak. Lebih banyak susu terkumpul, lebih banyaklah sekerap akan dikutip pagi esok. Lagi banyak sekerap terkutip, lagi bertambahlah rezeki nampaknya.
Duduk sebentar, terdengar suara riang-riang dari tepi parit yang dipagar rumpun sendayan, menyanyi bagai gembira benar menyambut tahun baru. Sesekali terdengar katak kuang, mencelah antara siulan riang-riang! Indah dan mengasyikkan juga kebun getah sekangkang kera ini. Ia bagai auditorium, digemai alunan muzik yang pelbagai, kadang-kala terasa hilang juga penat dan rusuh hati.
Bagaimana agaknya keadaan di kebun lain. Barangkali anak-anak sebangsaku turut menikmati keindahan alam semulajadi yang dianugerahkan Tuhan ini. Barangkali ada juga yang sedang berehat melunjurkan lenguh kaki di pongka getah yang menuyusur akarnya bagai ular. Barangkali ada juga yang sedang menangis, meratapi hidup!
Ahhh...jangan dikenang dan ditangisi hidup ini wahai anak bangsaku. Aku pun sama sedang mengongsi makna rusuh hati kelian. Bukankah bangsa kita terkenal sebagai sifatnya menjadi pendidik! Mari kita didik anak-anak murid yang berbaris tegak setiap hari ini dengan penuh keikhlasan.
Pokok getah ini mungkin hanya tidak mampu bersuara. Barangkali dia ada perasaan tetapi tak terluah. Barangkali dia pun faham rusuh hati kita. Sementara dia faham rusuh hati kita, marilah kita gigih melukis pelan kehidupan di kulitnya, mencari sesuap nasi!
Bangkit dari duduk selepas lelah pergi, terpandang pada sebaris lagi barisan pohon getah yang sedang menunggu untuk berjasa. Ya...terima kasih Hevea Brasilia, dalam rusuh bangsaku kau tetap setia menunggu.
Hari ini banyak juga susu getahnya. Ya...terima kasihlah kerana memberikan kami sedikit cahaya tentang makna sebuah kehidupan. Esok lusa, kau juga akan tua. Sementara daun-daunmu masih ada dan belum menguning sempena musim kering, kami akan datang setia. Menabur keringat mencari sesuap nasi untuk membesarkan keturunan kami yang roda hidupnya akan berpusing dengan rentak dan pusingan serupa, dari musim ke musim. Begini dan macam inilah, di sebuah negara yang telah merdeka!

ALHAMDULILLAH: ALLAH ANUGERAHKAN SAYA HADIAH AMAT BERMAKNA HARI PERTAMA TAHUN BARU 2011
KEPADANYA saya bersyukur dan kepadaNya saya meluahkan gembira. Selepas lebih 5 tahun menghilangkan diri (hilang) secara tiba-tiba dari jari, cincin pemberian emak yang dibelinya di Mekah pada 2004, akhirnya 'datang' semula pagi ini.
Terbenam sebahagiannya di tanah di depan rumah, cincin yang saya sedari hilang sebaik bangun tidur selepas sebulan dihadiahkan emak itu akhirnya pulang semula ke jari saya.
Memang bertahun saya pelik dan hairan dengan kehilangan cincin itu kerana ia hilang sebaik sahaja saya bangun pada satu pagi selepas sebulan memakainya.
Allah memang Maha Mengerti kekecewaan saya dan syukur padaNya. Apatah lagi 'kepulangan' cincin ini pada awal tahun baru, hanya beberapa hari lagi menjelang hari ulang tahun kelahiran saya. Alhamdulillah.

APAKAH STATISTIK BANCI TERBARU TIDAK BOLEH DIRAGUI?
Statistik terbaru menerusi bancian yang dilakukan 2010, menunjukkan jumlah penduduk lelaki melebihi wanita di negara ini.
Apakah angka ini benar tulen atau apakah tidak mustahil wujud kelompongan dalam proses bancian dilakukan, sehingga boleh menjejaskan ketepatan statistik yang dikeluarkan?
Sekadar renungan, dipaparkan sedikit angka dan statistik daripada unit-unit tertentu untuk dijadikan asas pertikaian jumlah statistik yang dikeluarkan itu.
JUMLAH GURU WANITA DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI NEGARA INI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1.Guru wanita sekolah rendah -159,849 orang
Guru lelaki sekolah rendah - 70,600 orang
2.Guru wanita sekolah menengah-279,545 orang
Guru lelaki sekolah menengah -126,171 orang
JUMLAH GURU WANITA =439,394 orang
JUMLAH GURU LELAKI =196,771 orang
Perbezaan guru wanita dengan lelaki =242,623 orang(Wanita melebihi lelaki sebanyak 242,623 orang)
3.PELAJAR BARU IPT SESI 2010/2011
Pelajar wanita = 26,229 orang
Pelajar lelaki =13,277 orang
Perbezaan pelajar wanita dan lelaki=12,959(Wanita melebihi lelaki sebanyak 12,959 orang)
4.ENROLMEN PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA (2007)
Pelajar wanita= 228,521 orang
Pelajar lelaki =154,476 orang
Perbezaan wanita dan lelaki=74,045 orang (Wanita melebihi lelaki sebanyak 74,045 orang)
5.JUMLAH TENAGA AKADEMIK IPTA (2007)
Lelaki = 11,898
Wanita = 11,669
Perbezaan lelaki dan wanita =229 orang (lelaki melebihi wanita sebanyak 229 orang)
PERBEZAAN BAGI BANCIAN UNIT/SEKTOR DI ATAS MENUNJUKKAN wanita melebihi lelaki sebanyak 329,627 orang!
Itu belum dikira penjawat/kakitangan awam wanita di seluruh negara dan pekerja industri wanita di seluruh negara serta jumah bilang wanita belajar di luar negara.
Masih banyak ruang untuk kita mengkaji semula statistik yang dikeluarkan baru-baru ini, kerana dalam tempoh 10 tahun mulai 2000, bilangan wanita dalam pelbagai sektor/unit/pekerjaan di negara ini sebenarnya amat tinggi melebihi lelaki. Persoalannya, apakah dalam tempoh 10 tahun kadar bersara/berhenti/kematian wanita dalam sektor/unit berkenaan begitu tinggi di kalangan wanita?
Apakah statistk yang dikeluarkan ini seiiring dengan statitisk jabatan pendaftaran negara bagi jumlah permohonan sijil kelahiran, Mykad dan sijil kematian?
Sekadar bertanya, sebab manusia tak pernah sempurna melaksanakan tugas!

ORANG KUAT UMNO KATA, AWAK TUTUP BLOG. TAHUN BARU IKUT TOLONG KITA KEMPEN UNTUK ORANG MELAYU!
TAHUN baru ramai yang ucap selamat tahun baru. Ada minta maaf kata sebab lama sangat tak jumpa saya. Ada kata, kalau ada yang terkilan buanglah, tahun baru ini elok kita buka buku baru. Ada kata, sayang saya pilih jalan kiri sedang jalan kanan terbentang luas.
Ada cakap, kenapa jadi macam ini? Ada tanya kalau tak puas hati, dia akan bawa hal yang tak puas hati terus ke atas dan lupakan persengketaan, kalau ada! Ada juga bisik-bisik sambil salam, kemudian tepuk bahu dua tiga kali sambil kenyit mata, dan saya faham.
Tapi yang saya tidak boleh terima apabila ada kata, tutuplah blog, tolong dia perkasakan mana yang lemah, kempen demi untuk bangsa Melayu!
Yang ini saya jawab: Pttuuuuuuiiiiih!!!!
Saya beritahu saya memang tak pernah pukul orang tapi saya pernah membunuh. Carilah kelongsong senapang patah di tepi hutan atau tepi jalan, hantar pergi jabatan kimia, salah satu ada cap jari saya. Berapa ratus gagak telah saya tembak mati?
Kalau setakat ajakan mahu tolong bangsa Melayu ini, saya pernah dengar sejak dulu-dulu. Barangkali pemimpin itu terlupa saya sudah mahu memasuki setengah abad usia, hidup dalam tangis dan jerit orang Melayu di merata tempat. Saya boleh tutup blog, tapi bukan sebab ajakan untuk berkempen untuk tolong orang Melayu!
Saya bilang kalau mahu tolong orang Melayu, saya tak perlu tutup blog. Blog adalah diari saya. Di dalam blog, saya kutip jerit pekik dan raung tangis orang Melayu, saya titip kadang-kala baris jerit dan raung itu saya tulis terus dari air mata mereka.
Tolong, selama ini benarkah apa yang dia buat sudah benar-benar tolong Melayu? Tolong kawan...jangan letakkan saya seperti anjing selepas sekian lama menjadi anjing kerana anjing yang diam dan menunduk itu akan lebih bahaya dari seekor harimau!
Alangkah indah kalau tahun baru ini, saudara atau tuan hormati saya. Saya mungkin lebih Melayu dan mungkin lebih faham dan mengerti tentang penderitaan orang Melayu dari tuan! Merangkak pun saya akan kais dan akar dari semangat dan kepedihan bangsa yang melekat pada roh saya akan terus mencakar tanah. Terus mencakar. Faham!

SEGAMAT: TENANG SEMAKIN TIDAK TENANG: LADANG BUKIT DATOK TENANG STATION, LABIS DISERANG HANTU BATERI!!!!
(KETUA POLIS DAERAH SEGAMAT -Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi kerana polis sedang menjalankan siasatan terperinci kejadian pelik ini)
INI kisah gempar yang sedang berlaku di sebuah ladang getah berdekatan Tenang, di kawasan pilihanraya kecil yang akan berlangsung 30 Januari ini. Lebih 450 penduduk yang mendiami rumah ladang di kawasan itu pelik dan kebimbangan berikutan kejadian hujan batu dan bateri, menyerang perumahan mereka sejak dua bulan lalu.
Pelbagai jenis batu seperti gravel, batu landasan keretapi dan bateri lampu suluh kini menyerang dinding dan tingkap kaca rumah mereka, sehingga banyak di antaranya pecah. Kesemua objek itu datang dari satu arah dan kejadian ini berlaku sambil disaksikan anggota polis!
Seorang penduduk, Ellan Senaya, 32, memberitahu HARIAN METRO, kejadian pelik itu berlaku sejak dua bulan lalu, dipercayai ada kaitan selepas seorang pengamal perubatan dikatakan menangkap makhluk halus dan memenjaranya di dalam botol. Botol itu kemudian ditanam berdekatan sebuah perkuburan India tidak jauh dari kawasan perumahan terbabit.
"Pada awalnya penduduk tidak menghiraukan kejadian itu kerana menyangka ia perbuatan budak nakal dan hanya mengenai bumbung serta melibatkan enam rumah sahaja" katanya.
Bagaimanapun, kata Senaya lagi, sejak akhir-akhir ini ia menjadi-jadi dan balingan pebagai objek keras itu telah banyak memecahkan cermin tingkap rumah penduduk.
Malah ia bukan sekadar omong kosong, apabila kejadian yang membimbangkan itu turut disaksikan beberapa anggota polis. Seorang anggota polis dari Balai Polis Tenang, dilihat terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian jam 12 tengah malam semalam.
Apabila anggota polis itu cuba menyiasat arah datang objek itu, semakin banyak pula cermin tingkap penduduk pecah akibat lontaran bertali arus!
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Aziz Mohd Ali, bagaimanapun menasihatkan penduduk bertenang buat sementara ini dan berwaspada serta tidak membuat sebarang spekulasi kerana polis sedang menyiasat kejadian itu daripada pelbagai aspek.

2 PERAGUT DIBERI MAKAN KAYU GOLF SELEPAS CUBA RAGUT BEG GURU WANITA!
![]() |
| Inilah padah cuba meragut. Hasil tak dapat, kayu golf hinggap ke badan! |
SUDAHLAH kerja jahat untuk meragut beg tangan seorang guru wanita tak berhasil, badan pula teruk dirembat dengan kayu golf.
Ini nasib malang menimpa dua peragut berusia 18 dan 23 tahun yang cuba meragut beg milik guru, Azzahida Othman, 36, jam 8.30 pagi semalam di Kepala Batas, Pulau Pinang. Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghantar anaknya.
Dua peragut menaiki motosikal itu awalnya berpura-pura berlagak pelanduk masuk kampung, bertanyakan arah sebelum menunjukkan belang, mengacu pisau ke leher anak Azzahida. Serentak itu mereka meragut beg di dalam kereta yang dipandu mangsa.
Azzahida barangkali geram, bertindak mengundurkan keretanya melanggar motosikal dinaiki suspek, menyebabkan kedua-duanya terjatuh.
Nah! Di situ penduduk berdekatan lebih kurang 20 orang segera mengutung 'lauk' terhidang di pagi hari sebaik terdengar jeritan meminta tolong! Ada di antaranya dikatakan berbekal kayu golf memberi hadiah penuh makna menjelang 2011, menyebabkan kedua-dua suspek lembek lempeng.
KANAK-KANAK TIGA TAHUN DIKHUATIRI LEMAS DI PARIT KETIKA HUJAN LEBAT
SEBUAH keluarga di Kampung Kubang Putat, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu menyambut kedatangan tahun baru 2011 dengan kesedihan apabila anak mereka yang berusia 3 tahun dipercayai lemas di dalam parit berdekatan rumah mereka, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata mangsa Durrani Arfah Masrul, dipercayai tergelincir ke dalam parit sedalam 2 meter.
Kehilangannya hanya disedari oleh ibunya ketika hujan lebat. Berikutan itu satu laporan polis dibuat berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit.
Menurut Dahlan, sepasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha mencari mangsa, tetapi masih belum ditemui.
Parit berkenaan digenangi air selepas hujan turun tidak berhenti sejak semalam.

GAMBAR MAIZAWATI PATAH TANGAN KIRI KEMALANGAN
![]() |
| Maizawati ditemani suami Mohd Yassin masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun-kosmo |
JANDA Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, patah tangan kiri dan cedera di muka apabila kereta Proton Gen 2, dipandunya bertembung sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah Ipoh, jam 5.15, pagi Selasa lalu.
Dia kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Syukur kandungannya yang berusia lima bulan tidak mengalami apa-apa masalah selepas dimaklumkan pegawai perubatan.
Dia mendakwa bertembung kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U berdekatan Sekolah Menengah Izuddin Shah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT
MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10