HALAMAN

Wednesday, February 9, 2011

PERARARAN TERBESAR MENENTANG HOSNI DI MESIR: BERMULANYA SAAT-SAAT AKHIR HOSNI

Rakyat telah mula duduk di atas kepala Hosni. Maruahnya sebagai presiden diletakkan seperti di bawah tapak sepatu
PERARAKAN terbesar membabitkan lebih 2 juta rakyat di seluruh Mesir bermula sejak semalam, sebagai menandakan rakyat tidak lagi mahu menerima sebarang janji Hosni tentang perubahan dalam pentadbiran di negara itu. Rakyat negara itu kini hanya mahu Hosni mencari pesawat dan tinggalkan Mesir sebelum berpeluang mengucapkan dua perkataan : Selamat Tinggal!