HALAMAN

Sunday, February 6, 2011

CUBAAN BUNUH NAIB PRESIDEN MESIR GAGAL


SATU cubaan untuk membunuh Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman yang baru dilantik ke jawatan itu, dilaporkan gagal.

Percubaan bunuh itu berjaya dibongkar oleh Fox News menerusi sumber-sumbernya dan mendedahkan dua pengawal peribadi Omar terkorban dalam kejadian itu.

Omar seorang jeneral berusia 74 tahun adalah bekas ketua perisikan tentera yang amat berpengaruh dan dipercayai antara senarai nama yang bakal dibunuh di Mesir selain Hosni Mubarak.