HALAMAN

Thursday, February 3, 2011

3 REMAJA MAUT: MOTOSIKAL BERTEMBUNG LALU TERBAKAR


KEBIASAANYA kereta saja yang terbakar apabila bertembung, namun lain halnya pula berlaku di Wakaf Stan, Kota Bharu awal pagi Khamis.

Dalam kejadian di Jalan Kubang Kerian-Binjai itu, tiga remaja yang menunggang motosikal bertembung, mengakibatkan motosikal mereka terbakar, dan ketiga-tiganya maut.

Kejadian berlaku jam 2.45 pagi. Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Wan Mohd Afif Wan Abdul Hamid, 18, Faiz Izwan Hussin, 20 dan Muhamad Rifaie Jlahambudin, 17 tahun.