MAHKAMAH majistret hari ini diberitahu, bekas suami Daphne Iking, Ryan Chong menjelaskan bahawa anak artis/pengacara itu yang kini berusia tiga tahun bukan anak kandungnya. Ini kerana ujian DNA yang dilakukan menunjukkan DNA kanak-kanak itu tidak sepadan dengan DNA miliknya.
Chong turut menjelaskan, hasil ujian DNA yang dilakukan itu menunjukkan dia bukan bapa kandung atau bapa biologi kepada kanak-kanak terbabit.