HALAMAN

Monday, December 27, 2010

SAH: ISA SAMAD DILANTIK PENGERUSI FELDA BERKUATKUASA 1 JANUARI 2011

KENYATAAN daripada Pejabat Perdana Menteri, hari ini memaklumkan Tan Sri Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda, menggantikan tan Sri Dr Yusof Noor, berkuatkuasa 1 Januari depan.

Kenyataan sama turut menyatakan Yusof dilantik sebagai penasihat kepada menteri yang menjaga hal ehwal Felda, juga berkuatkuasa 1 Januari depan.

Sahlah juga, rakyat jelata jangan mengharap atau bermimpi untuk merasa kerusi itu kerana ia milik kekal orang politik Umno!