HALAMAN

Monday, December 20, 2010

NAHAS JALAN RAYA: MELAMBUNG DAN MATI MELEKAT DI BUMBUNG KERETA

SEORANG pemuda, Muhamad Fadli Arbian, 20, maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dalam satu kemalangan di KM13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, malam kelmarin.

Mangsa melambung dan tubuhnya melekat di bumbung kereta berkenaan. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Mohd, berkata kemalangan itu membabitkan motosikal Honda EX5 dengan sebuah kereta jenis Proton Gen2.