HALAMAN

Saturday, November 6, 2010

TERKINI: SEBUAH LAGI PESAWAT QANTAS MENDARAT CEMAS DI SINGAPURA

Kejadian terbaru...sebuah lagi pesawat Qantas terpaksa mendarat cemas hari ini di Singapura
Semalam, pesawat A-380 ini mendarat cemas di Singapura selepas sebahagian komposit menutup enjinnya berguguran di Batam, Indonesia.
SEBUAH lagi pesawat Qantas terpaksa mendarat kecemasan di Lapangan Terbang Changi, Singapura hari ini, hanya sehari selepas pesawat A-380 mendarat cemas kelmarin.

Dalam kejadian terbaru, pesawat yang membawa 440 penumpang dari Singapura ke Sydney itu dikatakan mengalami masalah enjin.

Berikutan kejadian kedua itu, pegawai Qantas dan pengeluar enjinnya, Roll-Royce dikatakan sedang bertungkus-lumus mengatasi masalah yang berlaku.