HALAMAN

Thursday, November 4, 2010

TERKINI BANJIR DI KEDAH DAN PERLIS

BANJIR terus memburuk di Kedah dan Perlis. Sehingga malam ini lebih 50,000 penduduk terpaksa dipindahkan dan di sesetengah kawasan, air masih naik menimbulkan kebimbangan banjir terburuk melanda kedua-dua negara itu lambat surut.

Setakat ini, sejak 30 Oktober, 10 mangsa telah terkorban membabitkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Kelantan, termasuk kejadian tengah hari tadi.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati terutama dengan memastikan kanak-kanak tidak bermain di kawasan berbahaya seperti terusan dan tali air.