HALAMAN

Thursday, November 4, 2010

LELAKI DIDENDA RM10,000 SIMPAN KLIP VIDEO LUCAH DALAM KOMPUTER RIBA

KEPADA penggemar video lucah, awas. Di Bukit Mertajam hari ini, seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah menyimpan klip video lucah di dalam komputer ribanya.

Tan Wei Keng, dari Taman Juru, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di J & S Communication Trading, Kompleks Megamal, jam 8.50 malam pada 24 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen Seksyen (5) (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002.