HALAMAN

Thursday, November 25, 2010

EMAS KESEMBILAN: SKUASH BERPASUKAN PASTIKAN MALAYSIA CAPAI SASARAN SELEPAS KALAHKAN HONG KONG

PASUKAN skuash negara akhirnya memastikan impian untuk mencapai sekurang-kurangnya 9 emas di Sukan Asia ke 16 di Guangzhou, terrcapai jam 12 tengah hari.

Emas disumbangkan pasukan itu apabila menumpaskan Hong Kong 2-0. Mata pertama negara diberikan oleh Wen Wee manakala Nicol David memastikan mata kemenangan.

Kini kita tunggu pula jam 5 petang nanti sama ada emas kesepuluh boleh dituai apabila Malaysia akan menentang Pakistan dalam pertandingan akhir hoki - satu sejarah bagi Malaysia yang berjaya memaski pertandingan akhir hoki di sukan Asia.